Friday, December 30, 2011

Ombak rindu

Assalamualaikum..akhirnya saya dpt gak tengok cerita Ombak Rindu..walaupun dah agak basi tapi takpela..Cerita tu diadaptasi dari novel. Tajuk tu macam pernah baca tapi cerita tu tak ingat langsung hehe..

Ok je la cerita tu..

Wednesday, December 28, 2011

Saya perlukan spek baru

Dah nak habis cuti. Tak pergi-pergi jugak buat spek baru. Kalu merungut lagi sah-sah kena marah ngan hubby. Hari ni saya ada kereta tapi duit ada ciput je dalam bag, camne nak gi. At least deposit pun sama banyak dengan jari satu tapak tangan hehe.

Alasan saya perlukan spek baru.
Satu, kadang-kadang bila duduk depan laptop lama-lama kepala saya pening.
Kedua, bila tengok lampu neon atas jalan waktu malam mata saya dan kepala sakit.
Ketiga, kalau baca sign board tengah jalan dalam jarak beberapa meter (tak tau) tak berapa jelas macam susah nak fokus.
Keempat, memang 2 tahun sekali saya nak tukar spek tukar fesyen hihi.

Jadi atas alasan-alasan di atas, sewajarnyalah saya tukar spek. Lagipun si kecik Khaisara asek tarik spek ni dah senget dah..

Ok petang ni akan ku ajak hubby ku ke optometris ataupun kedai spek :)

Camni ok tak?aishh pesen apa nak pilih nati ek ;)


Tuesday, December 27, 2011

Mesyuarat Pertama

Dapatan dari mesyuarat hari ini SAYA KEKAL GURU TAHUN 1..

Bukan tak suka..tp takkan semua kelas tahun 1..

Apa nak buat..tanggungjawab wajib dilaksanakan..

Sunday, December 25, 2011

Hoorey-hoorey

Assalamualaikum..Lama juga saya tak post sebarang entry. Cuti sekolah pun dah nak habis. Start Selasa ni dah nak berkampung kat sekolah balik huhu.

Ni nak cerita aktiviti sepanjang cuti ni. Ape lagi jalan-jalan le. Dua minggu lepas saya dan hubby dan 3 puteri kami telah berjalan-jalan (berkereta sebenarnya) ke negeri-negeri di utara. Mula-mula kami ke Teluk Intan melawat Menara Condong. Then ke Kellie's Castle. Malam tu kami bermalam di Ipoh. Mak ai susah sangat nak cari restoran Melayu berhampiran hotel yang kami menginap malam tu.

Hari ke-2 kami ke Penang kejap semata-mata hubby nak beli jeruk untuk kawan-kawan dia hehe. Pastu kami ke Alor Setar ada kawan hubby kahwin dan menginap di Alor Setar malam tu. Kami cuma melawat Menara Alor Setar. Kali kedua saya naik menara ni.

Hari ke-3 kami ke UUM. Sepanjang jalan dalam UUM tak henti-henti mulut saya bercerita kisah saya belajar kat sana dulu kat hubby. Rasa terharu dan gembira dalam hati. Susah nak cerita tapi ada satu perasaan halus bila kembali ke sana. Banyak suka duka selama hampir 4 tahun di UUM. Mana taknya itulah rumah saya masa itu. Banyak perubahan..ye lah dah hampir 10 tahun saya tinggalkan UUM. Kemudian kami ke Kuala Perlis. Petang tu kawan hubby belanja laksa. Malam tu kami menginap di hotel betul2 depan jeti Kuala Perlis.

Hari ke-4 pagi-pagi lagi kami dah bersiap nak ke Pulau Langkawi. Kami tidak bermalam di sana. Kami naik feri pukul 9.30 pagi dan keluar menaiki feri 6 petang. Kami bawa anak-anak ke Underwater World. Sara paling excited tengok 'benda' bergerak-gerak dalam aquarium besar. Malam itu kami bermalam di Sunagai Petani.

Hari ke-5 kami pergi ke Cameron Highland. Destinasi wajib kami setelah saya kahwin. Tiap-tiap tahun ke sana. Walaupun orang cakap takde apa-apa kat sana. Saya suka kerana hawanya yang dingin dan pemandangan yang menghijau. Kami tidak merancang untuk bermalam di sana. Tetapi hubby ambil keputusan untuk bermalam kerana dia dah penat memandu.

Sebenarnya takde la berjalan sangat. Banyak dalam kereta je. Tapi saya tetap enjoy dapat berjalan-jalan hehe..

Nak upload pictures tp problem sikit..next time maybe.




Friday, November 25, 2011

Masuk Wad

Saya tak pernah masuk wad melainkan masa nak bersalin. Anak saya dah 3 kiranya 3 kali saya masuk hospital. Tupun sekadar untuk bersalin. Opss 4 kali sebab masa Khalisyah saya masuk wad 2 kali.

Ni nak cerita pengalaman masuk wad kali ke 5 saya hehe. Hari Selasa (22/11) baru-baru ni bangun tidur pinggang saya berasa sakit sangat sampaikan tak dapat mengiring. Saya ngadu ngan hubby dia terus ajak gi hospital cek. Kerana kami ada 'medical card' so dia ajak ke private hospital. Cek punya cek doktor cakap muscle pain je. Doc bagi ubat. Then sebelah klinik doktor orthopedik tu, klinik mata, hidung dan tekak. Saya memang ada masalah pernafasan yang biasa dipanggil resdung. So, cek sekali resdung.

Mula-mula doktor teropong dalam hidung saya. Memang berair je. Bayangkan setiap hari dari pagi ke petang kadang bawa ke malam hidung saya berair je. Macam orang selsema. Pastu kepala saya akan sakit la sebab banyak mukus. Doktor cakap banyak kawasan dalam hidung saya bengkak dan dah ada ketumbuhan tapi bukanla kanser. Kalau dibiarkan lama makin terukla. Doktor cadangkan saya masuk wad untuk cek lebih detail. Saya pun setuju setelah hubby bagi kebenaran. Sebenarnya risaukan si kecil saya 3 orang tu. Dalam pukul 2 saya dah masuk ke wad 330. Tak lama kemudian seorang staf bawa saya ke bilik imaging untuk Ct Scan. Tak lama dalam 10 minit je. Tapi mata saya kena tutup je sebab nak scan bahagian muka. Saya rimas sangat sebab tak dapat nak tengok apa yang berlaku hehe.

Lepas tu masuk wad balik. Apa nak buat ye. Dalam bilik saya yang ber empat tu ada 2 buah tv yang penghuni 2 orang tu jadikan macam hak peribadi dia. Asyik hala ke arah diorang je. Saya baring je la. Nak tido pun tak dpat sebab kaum yang duduk kat bilik tu memang jenis cakap kuat. Ishhhh tensen ingat duk private hospital bolehla rehat hihi. Then, petang doktor datang terangkan result ct scan tu. Dah banyak kawasan dalam tulang pipi saya kena sinus. So waktu terdekat doktor suruh habiskan antibiotik dan beberapa ubat serta guna ubat untuk spray dalam hidung. Diharap bengkak-bengkak dlam hidung surut. Kalau tak surut doktor cakap kena operate. Heeeeeii takutla saya dengar. Tapi bukan jenis toreh-toreh tapi pakai teropong gak. Entahla saya tak tanya lanjut sebab tak nak bayangkan. Lepas asar hubby datang bawa anak dua orang. Sian budak2 tu. Si Khairina ada dalam 20kali asyik panggil mama mama mama. Si kak long lak asyik tanya "mama sakit? mama sakit?" sebab kat tangan saya ada jarum untuk masuk ubat tu. Tanya staf nurse boleh tak saya nak balik. Dia cakap ok cuma esok pagi-pagi kena masuk. OK pagi-pagi saya datang.

Pagi-pagi esok saya dah ada atas katil wad balik. Breakfast kat wad dan dapat result cek darah semalam. Doktor cakap glukos tinggi. Isshh tak mungkin. Tapi semalam amik darah masa lepas makan nasi. So doktor suruh repeat blood test. Kena cucuk lagi tapi sebelum tu kena puasa sampai pukul 2. Aisey man.. macam-macam lak bila dah duk wad ni. Dalam kul 10 hubby datang temankan saya. Dia wat kerja sebelah saya. Ala bukan layan saya nak ngomel pun. Nak je ajak dia gi Jusco tapi risau kan doktor datang. So baring je la. Dekat kul 2 dia nak balik tengok anak-anak dan ambil baby kat umah pengasuh..

Pukul 2 nurse amik darah lagi. Then, saya baring macam nak tido lak. Tapi jiran sebelah bising lak. Nurse datang saya suh perlahankan tv. Terlelap jap. Dekat kul 3.30 ada staf datang bawak saya jumpa doktor teropong balik hidung. Ada perubahan skit. Bengkak dah turun sikit. Dan sukanya saya dah boleh gunakan hidung saya dengan baik. Dah tak payah bernafas guna mulut. Kalau tak sebelum ni bibir saya asyik kering je. Sebab hidung saya tersumbat.

Alhamdulillah..sekarang dah ok skit. Takde lagi hidung berair dan bersin banyak-banyak. Minggu depan jumpe doktor lagi. Harap-harap ada perubahan positif.

Panjang lak karangan saya hari ni..hihi


Friday, November 18, 2011

18 November 2011..Hari terakhir persekolahan 2011

Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan bagi tahun ini.. Tetapi bagi saya belum berakhir sebab saya belum menyiapkan kerja sepenuhnya.. SUP sekolah saya dah bising-bising. Saya tau dia pun marahkan saya, tapi takdela cakap direct sebab saya dah janji nak siapkan awal-awal cuti nanti.. Lepas siap kerja saya dan family hubby akan pergi ke Pulau Langkawi. Saya dah beberapa kali ke sana. Tapi dah dekat 4 tahun dah tak ke sana.

Lepas itu saya akan balik ke kampung Terengganu barang sehari dua tiga empat. Tak dapat dipastikan lagi.

Sebenarnya nak cerita mengenai sekolah hari terakhir ni. Kawan saya Sufiahana dan Abdul Rashid akan berpindah sekolah tahun depan. Pagi-pagi tadi ada majlis bacaan Yaasin. Pastu penyampaian wang sumbangan kepada budak2 UPSR yang dapat keputusan semalam oleh senator. Keputusan UPSR - seramai 8 orang murid dapat keputusan 5A, dan 10 orang mendapat 4A. Peratusan sedikit menurun.

Lepas rehat ada majlis salam-salam. Dan sekolah berakhir dengan pesanan oleh Guru Besar - nanti datang siapkan kerja ye..hihi

Tuesday, November 15, 2011

Kesian budak-budak itu

Assalamualaikum. Jarang sangat saya bercerita kisah anak-anak murid. Anak-anak kandung saya selalulah. Dah memang klien pekerjaan saya adalah murid-murid. Dulu kerja sebagai banker klien saya adalah orang-orang yang banyak duit dan banyak hutang.

Ok berbalik kepada kisah anak-anak murid di sekolah saya. Murid-murid tahun 4 A. Seorang dari rakan mereka akan berpindah sekolah. Jadi mereka membuat rancangan untuk pergi rombongan di sekitar Bandaraya Melaka. Guru kelas mereka dah terangkan banyak prosedur yang perlu dilalui. Kena minta kebenaran Guru Besar. Jadi budak-budak ini jumpa Guru Besar. Guru Besar yang tak tau kisah sebenar cakapla saya benarkan kalau ikut prosedur. Mereka pun pungut duit dan tempah bas.

Tup-tup tanpa surat kebenaran dan apa-apa surat kelulusan bas datang ke sekolah. Kesian budak-budak ini..tak dapat pergi kerana tiada kebenaran dari PPD. Mereka tak salah..cuma mungkin penjelasan yang kurang jelas. Usaha mereka ada untuk meraikan sahabat yang ingin berpindah. Saya kagum dengan mereka. Berani membuat tindakan. Cuma sedikit je silap.. Cikgu-cikgu memujuk mereka yang bersedih.. Kesian..kelakar pun ada. Nasib baik pengusaha bas tu sedara dengan salah seorang guru. Dapatla dibawa berbincang kalau tak mau budak-budak ni kena bayar 10% duit minyak..

Gelagat anak-anak. Mereka belum faham. Jadi kita sebagai orang dewasa memang kena membimbing. Macam anak-anak saya, kekadang mereka tak faham apa yang mereka buat tak betul. Terkeluar biji mata saya marah pun diaorang bukan tau.. Dah namapun kanak-kanak..

Sunday, November 13, 2011

Hari-hari terakhir persekolahan sesi ini

Erm pejam celik pejam celik lagi seminggu ni je sesi persekolahan tahun 2011 akan berakhir..Dengan macam-macam kisah politik suka dan duka, pahit maung, dan macam-macam kisah talam dua tiga empat lima nam muka.. Kalau nak diceritakan di sini..tak siapla karangan saya ni dua tiga bulan pun..

Sesi ini berakhir dengan 'perpindahan' kakak yang sangat kami (geng bas sekolah) sayang.. pergi dengan hati yang amat remuk dan dengan harapan beliau yang banyak tak kesampaian. Diikuti dengan episod teman-teman yang ingin mengikut jejak langkah beliau..akhirnya 2 temannku akan keluar meninggalkan kami yang akan meneruskan perjuangan di sini. Seorang adik teman meja sebelahku yang akan meninggalkan ku. Tak sempatla saya nak turunkan ilmu kebidanan saya pada dia :) Takpela Melaka ni kecik je.. Dan seorang abang senior yang sering menjadi pakar rujukku juga akan meninggalkan kami. Sedih sangat rasanya. Tapi apakan daya..semua orang ada pilihan dan dunia sendiri. Saya doakan semua akan dipermudahkan..

Banyak juga program sebelum berakhir sesi ini. Dengan Hari Q, Jamuan Akhir Tahun, Keputusan UPSR, streaming kelas dan kerja2 saya banyak yang belum siap.. Meja saya yang macam sarang tikus..barang pun banyak yang tak jumpa :)

Saya tak tau nak ceritakan apa lagi..


Friday, November 11, 2011

Panggilan untuk suami..

Assalamualaikum.. Panggilan apa yang kawan2 guna untuk memanggil suami? Biasanya kalau orang Melayu macam saya ni akan gunakan panggilan ABANG. Seorang kawan saya yang bernama Kak Zah pun cakap elok dipanggil abang kerana tanda hormatnya kita kepada si suami.

Saya? Saya panggil suami saya dengan panggilan Anje. Saya selalu berazam nak tukar panggilan kepada Abang setiap kali anniversary (baru ke 4) tapi mesti tak jadi. Anje saya tu tak suka. Dia mesti cakap anje bukan abang sayang..urmm tak jadi. So saya postpone ke tahun depan lak hihi.

Penting ke apa yang kita panggil tu? Tak kisah kot yang penting dua2 setuju dan panggilan tu elok. Janganla ko aku je.. Zaman jadi student dulu saya paling meluat dengan couple2 yang guna panggilan mama papa, daddy mummy..ish tak sesuai langsung. Bukan dah kahwin pun. Sekarang suami saya pun panggil saya mama. Padahal saya mama kepada 3 Leeya iaitu puteri2 kami tu hihi, bukan mama dia.

Dan suami isteri yang bahasakan saya awak- saya rasa kurang best sebab macam kawan2 je hihi..

Ada suatu malam tu, kami lepak2 sampil menonton tv. Saya mengajuk ayat dalam satu iklan "lepaslah bang..". Suami saya tanya kenapa panggil abang? Sayapun jawabla takkan nanti umur dah 60 nak panggil anje lagi hihi..

Tapi serius, saya suka sangat pasangan yang walaupun dah berumur..dah jadi atuk dan nenek tapi masih jalan pegang tangan dan panggil pasangan mereka dengan panggilan sayang..dan bukannya ATUKNYA..NENEKNYA..hihi


Kan romantik tua2 camni..jalan sama2 gi masjid :)

Monday, September 26, 2011

Anak ko asyik tengok tv je..

Ehem..sungguh pedih telinga saya jika orang cakap anak saya camtu.

Tapi saya tak kisah anak saya tengok tv je..sebab anak saya tengah belajar..belajar bukan secara formal je ye..

Hasil daripada asyik tengok tv je tu anak saya yang sulung..baru masuk 3 tahun dah kenal huruf dan nombor.. dan banyak benda yang dia dah kenal..saya sebagai ibu dia berasa bangga..saya dan hubby memang tak sempat nak ngajar dia pun..anak orang lain je yang kami ajar :)

Apa-apapun saya tak kisah kalaupun anak-anak saya asyik tengok tv je..lagipun dia tengok rancangan yang baik..bukan cerita ultraman atau trans former hehe..
I Inilah rupa budak-budak tu kalau tengok tv hehe

Monday, September 19, 2011

Nina..Nina..

Inilah budak kecik banyak kerja tu..Nak bergambar pun susah ;)

Hari ni saya nak tulis mengenai anak kedua saya. LEEYA KHAIRINA BT MOHD KHAIRULSHARIL yang dipanggil adik oleh kami dan kadang-kadang kak ngah dan selalunya Nina. Nina lahir pada 10 Februari 2010. Amat mudah untuk melahirkan anak kedua ini. Berat dia pula berbanding kakak dan adiknya paling ringan iaitu 3.2kg je. Kak Long 3.7kg dan baby 3.9kg. Semasa dilahirkan Mata Nina dah terbuka. Tak macam kakak yang hanya sebelah buka dan sepet aje ;). Sara masa lahir pun terbuka mata. Dalam usia dia 1 thn 7 bln ni Nina adalah anak yang amat aktif. Mulut dia juga ringan. Cepat dapat bercakap. Tetapi masa umur setahun baru giginya tumbuh. Masa injection setahun setengah pun dia tak demam.

Hehe bercerita tentang Nina mesti saya rasa nak senyum je.. Dia ni aktif sangat. Masa kak long usia sepertinya kak long boleh bertahan di depan tv tengok cerita kartun. Tapi Nina tak dapat duduk diam lebih dari seminit pun..Ada aje aktiviti dia.

Patut la ramai orang tua cakap anak kedua memang camtu. Agaknya hubby dulu pun camtu. Dia cool je..cousin dia kacau pun dia buat dek je..takde nangis atau lawan. Semalam, saya tidurkan baby dalam bilik. Hubby lak terlelap depan tv. Kak Long tengok Baby TV..saya cari Nina. Eh dalam bilik mainan takde. Bilik lain pintu bertutup. Dia belum sampai nak buka pintu sendiri. Bilik air memang tertutup je.. Saya cari dia bawah ampaian..kadang-kadang dia suka duk bawah aampai J. Eh mana si Nina ni..tup-tup ada dalam bilik dekat mesin basuh tengah main air yang saya tadah sebab paip air leaking. Ya Allah Nina..kak long tak pernah main semua ni. Hehe.. Kak long macam penggeli orangnya..takkan keluar tanpa selipar tapi Nina tak kisah. Hubby cerita semalam kat umah mak mertua Nina main cabut rumput dan dia hambur pasir. Nina..Nina..saya bukan nak bandingkan dia. Bukan nak cakap kak long baik Nina tak baik. Tapi kelakar gelagat anak-anak. Bab kata pepatah.. Dalam setandan pisang macam-macam rupa bentuknya. Hehe..

Saya dah..

Saya dah ada tiga anak perempuan yang rapat..3 tahun , 1 thn 7 bln dan 4 bulan. Dan sekarang saya rasa hidup saya dah lengkap walaupun ramai bertanya bila nak dapat anak boboy. Itu semua kuasa Allah. Saya dah cuba dengan cara makanan tertentu tapi dah ditetapkan Allah anak saya semua gegirl. Tapi saya bahagia dapat beli baju yang comel-comel untuk diorang. Memang saya berhasrat untuk dapat anak yang rapat.

Sebab target saya hanya bersalin sebelum umur mencecah 35. So sekarang saya dapat berehat dulu sebelum dapat anak ke 4 saya. Jadi dengan matlamat itu saya telah BERANIKAN diri memakai IUD setelah berbincang dan berfikir masak-masak. Ada orang tanya saya tak takut ke? Tak sakit ke? Takde kesan sampingan ke?
Inilah rupa alat tu. Kecil je dalam 5 cm panjang dan lebar 3 mm. Kecil je..

Jawapan saya..Takut..memang takut. Tapi saya kalau dah nekad memang saya akan buat. Masa alat tu hendak dimasukkan ke pangkal rahim kita memang rasa perit dan pedih sikit. Tapi tak lebih 30 minit pun. Kesan sampingan..setakat hari ni dah 11 hari saya pakai alat tu. Tiada kesan sampingan pada saya. Cuma mental saya ni yang asyik hasut saya untuk makan je hehe. Mungkin sebab saya menyusu baby jadi saya cepat lapar. Konon la.. Kesan lain tiada. Dan tiada juga kesan pada suami. Alhamdulillah..

Mula-mula saya memilih untuk gunakan implan yang ditanam bawah kulit bahagian lengan tu. Tapi..bila doktor saya nasihatkan gunakan IUD jadi saya pertimbangkan dulu. Saya buat research dan tanya kawan-kawan saya nekad gunakan IUD. Lagipun IUD lagi murah dari implan. Ada segelintir kawan yang guna implan, hormon mereka terganggu, migrain, masalah kegemukan (takut nih..tak pakai implan pun dah naik) dan lain-lain. Ada orang tanya kenapa tak makan pil..Hehehehe..saya ni bukan penakut makan ubat tetapi culas iaitu malas. Vitamin masa mengandung pun saya makan yang wajid je hehe. Tapi alhamdulillah anak-anak saya sihat mungkin sebab amalkan makanan yang berkhasiat dan seimbang dengan keizinan Ilahi. Jadi kalau ada 10 cara perancang keluarga mungkin makan ubat berada di tangga ke 10..

Jadi sekarang saya target untuk mendidik anak-anak saya dulu. Ikutkan IUD saya expired tahun 2014. Baby Sara ketika itu berumur 3 tahun, Kak Ngah Khairina 4 tahun dan Kak Long Khalisyah 6 tahun. Jadi itu umur yang ideal untuk saya tambah baby lagi dah mudah-mudahan saya dapt seorang baby boy. Umur saya ketika itu 34 tahun. Jika Allah izinkan rancangan kami ini saya akan dapat anak ke 4 saya ketika berumur 35 tahun. Masih di dalam target ;)

Macam nilah kedudukan IUD dalam rahim saya sekarang ;)

Tuesday, September 13, 2011

UPSR 2011

Hari ni 13092011..UPSR bagi murid-murid tahun 6. Murid-murid yang ambil periksa tahun ni merupakan murid pertama saya di sekolah ni..time tu mereka bari darjah 3. Kecik2 je sekarang mereka dah sama besar dengan saya..mereka la yang telah membuat saya sesak nafas tercungap-cungap sebab masa tu saya mengandung anak pertama saya. Mereka la yang saya cubit sebab tak siap kerja..tak tumpukan perhatian..tapi hari ni mereka dah besar dah ambil UPSR..cikgu halalkan ilmu cikgu buat kamu semua. Semoga kamu semua peroleh kejayaan yang setimpal dengan usaha kamu..

Esok lak tibalah saya ikut anak-anak darjah 1 pergi lawatan..tahun ni lokasi yang berbeza sedikit..pergi naik bot..first time tu nak menyusur Sungai Melaka hehe

Monday, August 15, 2011

Sudah 15 Ramadhan

Salah-satu tanda akhir zaman ialah cepatnya masa berlalu. Tup tup sekarang dah hari ke 15 Ramadhan..dalam kesibukan rutin hidup saya cepatnya Ramadhan dah nak tinggalkan kita. Rasa sedih pulak sebab sedikit sangat amalan saya dalam bulan yang penuh dengan keberkatan ini. Terlalai saya dengan hidup ini, hingga akhirat pun saya lalaikan..Ya Allah berikanlah kesempatan untuk saya isi baki Ramadhan ini dengan amalan..

Wednesday, July 13, 2011

Pusat Khaisara dah baik..

atas : before

bawah: after..yang hitam tu la yang tanggal


Hari ni anak kecil saya dah 2 bulan..dah injek pun untuk 2 bulan..berat sekarang dah 5.9 kg..that's mean naik 1 kg/month..uih mama berjaya besarkan dia dengan jayanya hehe..

Tali pusat Sara dah tanggal masa dia berumur 6 hari. Paling awal berbanding kakak-kakaknya. Tapi saya pelik bila tali pusat tu tanggal..ada lagi discaj dari tempat pusat dia. Mula-mula saya fikir biasa la tu..tetap cuci tempat tu dengan 'spirit' je. Bila bawak pergi klinik untuk dapatkan injek kali pertama masa umur dia sebulan cakap dengan nurse tu..dia cakap takpe. Tapi saya tak sedap hati takkan dah sebulan tak kering-kering. Lagi saya risau bila ada darah yang keluar. Sikit je tapi..bila dibelek-belek tempat pusat tu..macam terbuka dan nampak isi dalam. Ish saya alamatlah takut. Saya ajak hubby bawak gi klinik. Doktor tu bagi ubat antibiotik je. Dia cakap after 1 week kalu tak kering kena refer speacialist. Risau kot tempat yang tak tertutup tu terbuka dan keluar apa2 dalam perut. Dalam fikiran saya..ish jangan keluar usus anakku ni..

Tup-tup..ada macam daging kecil keluar kat tempat tu..Ish lagi la saya takut. Kalu bab anak-anak ni luka sikit pun saya takut. Saya ajak lagi hubby gi klinik yang lain. Doktor tu cakap small matter je ni. Tali pusat dia hari tu tak keluar abis. Sedap hati saya..Doktor bagi krim untuk disapu kat situ. After 1 week..Tak berubah gak. Saya ajak hubby gi klinik tu balik minta doktor buat surat untuk refer speacialist. Then, kami bawak Khaisara ke ped di Hospital Pantai. Doktor tu tak banyak bercakap pun. Cuma dia cakap tali pusat tak habis keluar. Saya ada tanya tu usu or perut anak saya. Dia cakap No la..Doktor tu cuma letakkan ubat berwarna biru. Then afer 3 minutes dia cuci balik. Daging tu dah jadi macam putih2 kebiruan. Macam luka lepas kena cuci. Dia cakap jangan sentuh tempat tu. Esok baru cuci.

Keesokan hari saya tengok tempat tu dah jadi hitam. Macam tali pusat yang dah kering. Saya cuci dengan spirit macam biasa. Ada mcm darah kering sikit. Takpelah..tengok dulu. Kalau tak ok dalam masa seminggu jumpa lagi ped tu. Keesokan hari lepas mandikan Sara saya cuci pusat dia macam biasa. Tapi daging yang dah hitam tu macam nak jatuh bila disentuh. Saya cuci dengan berhati-hati, the dia tanggal. Saya belek-belek pusat Sara, dah tertutup. Takde lagi macam terbuka. Alhamdulillah. Dah baik.

Monday, June 20, 2011

Selamat Hari Apak :)


Semalam merupakan hari bapa. Baby Khaisara pun dah berusia 36 hari.. Hubby dah boring kot, dah lame tak dpt jalan2. Semalam dia cakap nak makan Pizza Hut dan nak mama ikut sekali. Mama apa lagi Yeeeeeehaa..lagipun saya dah kuat. Alhamdulillah, gi Pizza kat Giant takde orang pun. Kami 1st customer. Order dan makan dan makan dan makan.

Then, hubby cakap jom gi Jusco..bawak budak2 main. Mama ikut je. Lagipun sian hubby ngan anak-anak. Saya pantang time cuti sekolah. Tak dapatlah kitorang gi holiday. Hujung tahun ni kita jalan2 ye. Khaisara pun dah besar skit.

Sebenarnya, takdelah sambut Hari Bapa sangat. Cuma saya yang belanja kali ni. Saya cakapla saya belanja untuk Hari Bapa. Selalu hubby je kuar duit. Tak hari bapa pun, hari-hari saya ingat dan sedar pengorbanan arwah ayah dan pengorbanan hubby untuk keluarga kami ni.. Tak terbalas jasa kalian. Sayang dan rindu arwah ayah. Sayang dan cinta untuk Suamiku selalu..

Tuesday, June 14, 2011

Kakak kecik lagi..


Cerita tentang anak sulungku Khalisyah yang dipanggil kakak..tapi sejak Khaisara lahir ni dia pandai bahasakan diri dia Kak Long dan Khairina Kak Ngah..erm pandai anak mama.

Kakak ni kalau nak apa-apa emang tak menyempat..saya mesti akan cakap sabarla kakak kan dah besar..tapi dia akan menangis. Urm senjata kakak semuanya menangis.

Ada kisah, satu malam tu kami main-main blok getah yang ada ABC tu. Ala yang 'mat' ABC yang boleh tanggal2 tu..saya pun cantumkan blok tu jadikan kotak-kotak.. Pastu kakak pun cubalah buat seperti yang mama buat. Tapi tak sempurna binaannya.. Dia mintak saya siapkan..yang kelakar dia cakap.."Mama buatlah..kakak kan kecik lagi". Umur dia baru nak masuk 3 tahun so mama rasa kelakar sangat bila dia cakap camtu. Kalau nak apa2 dia mcam orang besarlah..kena jam tu gak..hehe. Kakak kakak kakak

Ceritaku

Alhamdulillah..anak kecilku dah berusia 1 bulan..berat masa lahir 3.9kg berat selepas berusia sebulan 4.7 kg..patutla lenguh lengan mama pangku dia hehe..

Hari ni nak cerita pasal kejayaan saya selepas melahirkan anak ketiga ni..berjaya turunkan berat badan ke? hehe..berjaya gak..tapi badan maintain macam sebelum pregnant la..turun sikit je hehe..
Kejayaan yang saya maksudkan adalah berjaya susukan anak dengan susu ibu untuk sebulan dah.. anak pertama dan kedua, saya kurang berjaya.. mesti dah bergantung sepenuhnya pada susu formula.. anak ketiga ni saya kuatkan semangat dan selalu berdoa agar dimurahkan rezeki untuk anak saya. Alhamdulillah..susu saya ada dan insya allah mencukupi untuk anak saya.

Pagi tadi saya telah mengepam susu menggunakan pam yang dipinjam dari sahabat saya..Pn Unai. Teruja sangat saya bile nampak susu menitis-nitis keluar dari pam tu. Pam sampai setengah jam untuk ke dua-dua belah dan saya berjaya menghasilkan 3oz. Kejayaan yang paling besar untuk saya sejak bergelar ibu. Insya Allah saya akan cuba hasilkan dan kumpulkan susu untuk anak ketiga ini Leeya Khaisara. Anak pertama dan ke dua maafkan mama kerana cetek ilmu dan terlalu cepat dengar cakap orang2 sebelum ini.


Thursday, June 2, 2011

Saya di dalam pantang

Assalamualaikum..tuan rumah dah balik ni. Alhamdulillah, saya masih di sini. Saya dah selamat melahirkan anak ke 3 saya yang juga seorang anak gadis. Nama beliau adalah Leeya Khaisara. Hari ni umur dia dah 20 hari.. Alhamdulillah saya selamat lahirkan baby seberat 3.9 kg secara normal. Ada patut sorang doktor tu suggestkan sy c-zer because of my tummy size that time..dia ckp baby u besar..saya tanya balik so ada masalah ke? dia jawab "No, u boleh bersalin normal kot..besauce u tinggi". Ish buat suspend saya ajela doc tu..

Serius bersalinkan Khaisara agak mencabar..Ceritanya begini. Saya minta hubby bawak ke hospital masa dah rasa contraction..rasa macam dah kerap selang 7 minit gitu. Tp bila nak sampai hospital macam dah kurang. Aiseh..ingat nak balik tp hubby cakap checkla dulu. So pergi la ke labour room. Date hari tu 12/5 esok adalah due date..jam pukul 9 mlm. Masuk observation room. Nurse buat CTG..erm baru bukak 2cm. Tapi doktor pesan kalu sakit kuat cakap tau..ye la doktor. Saya bukan budak kecik hehe. Bila dah selesai..saya dihantar ke wad. Sampai ke wad hampir pukul 12 am. Roomate pun dah tido. Hubby bawakkan roti kot2 nak bersalin awal pg risau kot takde tenaga macam bersalinkan khalisyah dulu.

Cuba untuk tido. Tapi tak dapat. Pusing kanan pusing kiri..jap2 gi toilet. Aduih sakitnye.. dekat pukul 3 am saya pergi jumpa nurse cakap saya dah sakit kuat. Dia cakap dia call doktor. Lama tunggu nurse cakap takde doktor la. Boleh tahan tak? Saya cakap ok je la. Try pejam mata. Sah penat sangat. Pastu sakit lagi saya set masa. 3 kali dalam 10 minit. Saya tekan bell. Nurse datang. Tak tahan dah ke? Aahla saya sakit.. Ok Ok saya call doktor. 5 minit pastu doctor datang. Check2..dah bukak 5 cm. Ok boleh ke labour room. Bersiap apa yang patut. Call hubby then nurse hantar ke labour room. Masuk bilik no 7 jam 3.30 am. Bilik yang sama bersalinkan Khairina. Saya minta nurse panggilkan suami saya. Dia cakap bila dah dekat nak bersalin baru panggil. Saya basah berpeluh. Nurse risau kot2 saya nak pitam..TAK!! saya ok cuma air cond bilik ni takde ke..Dekat kul 5 nurse lain datang saya merayu bawakkan kipas..Fuhh baru best. Doktor datang tanya jika saya nakkan ubat tahan sakit. That time ketuban belum pecah so saya dapat bertahan. Tapi saya heran kenapa lambat sangat bukaan?

Bla..bla..pukul 7 doktor datang lagi..pecahkan ketuban. Ya Allah takutnya saya bila doktor cakap susahnye nak pecah. Jauhnya..Dengan muka berkerut2.. Dengan rasa loya. Saya cakap dengan nurse nak muntah. Saya muntah dlm labour room. Pengalaman baru..Dalam hati tak putus berdoa.. sekali lagi saya minta panggilkan suami saya.. Ketuban dipecahkan..Suami saya masuk. Sakit makin kuat..saya minta nurse panggilkan doktor..saya nak ubat tahan sakit..Ok ok.. Tak sampai2 pun..Ya Allah..sakitnya..dekat pukul 8.40..saya rasa ada benda nak keluar..Nurse saya rasa nak meneran. So diorang datang cek..ok ok. Dah boleh teran. Cuba kumpulkan tenaga. Dengan rasa lapar dan haus. Alhamdulillah..nurse cakap dik..besarnya anak awak..Suami azankan. Huih 3.9kg..patutla mama rasa penat sangat meneran.

Alhamdulillah..selamat dah. Sekarang dalam pantang. Pantang sendiri. Takpe saya mampu buat. Saya masak. Saya mandikan anak. Erm mula hari ke 18 saya siap masakkan lauk untuk suami..adab hidup orang merantau. Mak jauh..ayah dah takde..saya mampu berdikari. Cuma anak2 lain suami dan anak buah saya uruskan. Terima kasih semua.

Sunday, April 24, 2011

Cinta kami lagi..

Ahakss..post sebelum ni dah cerita kisah cinta antara saya dan suami..sekarang cerita kisah cinta hasil cinta kami lak hehe..anak-anak la..

Cepat masa berlalu kan? Bila termenung sorang2 teringat cinta kami dulu yang mungkin tak kesampaian..tapi akhirnya kami bersatu..Semua kuasa Allah..dan hari ini kami dengan penuh bangga dan berSYUKUR dah ada 2 anak gadis..dan dalam beberapa hari lagi ahli keluarga kami akan bertambah. Insya Allah masih lagi Allah ingin kurniakan kami anak gadis. Syukur, Syukur, Syukur Alhamdulillah. Ada teman yang dah lama kahwin belum dikurniakan sorang anak pun..tapi kami tiap2 tahun dikurniakan rezeki dariNya..apa lagi yang mampu kami katakan kecuali bersyukur dengan nikmatNya yang amat besar ini.

Buah cinta pertama kami, Leeya Khalisyah baru nak masuk 3 tahun 11 September 2011 ni. Kami panggil dia kakak. Khalisyah masa kecil anak yang mudah dijaga. Jarang demam-demam. Seingat saya masa umurnya setahun lebih baru dia ada demam. Sebelum tu takde. Khalisyah suka tengok tv. Masa kecil dia suka tengok video klip, lepas tu suke kartun. Kartun faveret dia Mickey Mouse. Sekarang masih suke kartun dan video klip. Anak sulong ni suke sangat menari2. Mulut pun petah. Dia dapat berjalan masa umur dah masuk 1 tahun 2 bulan. Tapi yang bagusnya bila dapat mentih dia terus kuat. Takde tatih jatuh2 lagi. Sekarang Khalisyah dah pandai membilang 1-10 dan dapat mengenal nombor dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Abjad pula dah banyak yang dia kenal. Abjad pertama yang dia kenal W. Ni semua hasil dia bermain dengan laptop yang mama dan apak belikan masa birthday Kedua dia. Mama dan apak pantau sikit-sikit dia belajar. Pelat lagikan so, saya dan suami betulkan sebutan dia. Alhamdulillah, semoga dia akan membesar menjadi anak yang solehah dan pandai belajar.

Buah cinta kedua, Leeya Khairina. Lahir pada 10 Februari 2010. Jadi umurnya baru 1 tahun 2 bulan. Masa kecil Khairina agak mencabar sikit. Sebab dia susah nak tidur dan asyik terjaga malam. Banyak kali lak tu..tapi alhamdulillah sekarang dah okey. Khairina lagi keletah dari kakak. Sekarang dia dah pandai sebut mama, apak, aki, wan, kakak, mak, ayah, mimi (minnie mouse) dan banyak lagi la. Khairina lagi cepat belajar sebab dia ada cikgu. Khairina dapat berjalan masa umur 1 tahun 1 bulan. Awal sikit dari kakak. Khairina kami panggil adik. Dia pun dah pandai one sampai five. Budak kecik ni akan ikut apa saja yang kakak buat. Kakak lari dia lari. Kakak minum susu dia minum. Kakak ketuk dia, dia ketuk kakak. Kekadang kelakar tengokgelagat dua orang ni. Bila kami keluar ramai yang tanya mereka ni kembar ke? Hehe kelakar kan. Camne orang leh tanya camtu sedangkan saiz mereka berbeza la. Mungkin bila dah masuk tadika ke saiz diorang akan sama. Muka lak memang sama.

Sekarang kakak dah pandai sayang adik. Share mainan dengan adik. Ada masa bergaduh jugak. Berebut mainan. Sampai bercakar2. Adik pun dah pandai bantai kakak. Ada masa dengar mereka ketawa mengekek2. Adik akan ketawa kakak dia buat lawak. Atau kakak ketawa adik dia buat lawak.

Mama akan rindukan masa kecil kamu berdua.. yang walaupun amat memenatkan mama, kami amat menghiburkan mama. Mama mesti akan rindukan waktu sekarang. Waktu kakak dan adik berebut nak baring sebelah mama. Berebut nak baring sebelah apak dengan mama. Mama tak putus2 berdoa semoga anak-anak mama akan rapat sehingga bila-bila pun. Walaupun mama dan apak dah tiada lagi.

Wednesday, April 20, 2011

Cinta Kami..


Tetiba saya rasa macam nak sangat tulis mengenai insan yang paling saya cintai dan bagaimana kami jumpa. Dia adalah teman serumah saya @ teman sebilik @ teman suka dan duka..dan dia adalah SUAMI saya..Mohd Khairulsharil bin Minhad. Saya kenal dia tak lama, tapi saya macam cepat sangat ngam dengan dia. Mungkin sebab dia suka sangat bercakap.. dan saya suka sangat mendengar dia bercakap. Walaupun kadang-kadang bahasa dia agak kasar hehe..

Saya kenal dia masa saya sambung KPLI selama setahun di MPTI, JB. Tapi disebabkan ada sedikit masalah saya memang cuba untuk jauhkan diri dari orang tu. Since dapat belajo di JB so saya dapatlah jauhkan diri dari seseorang tu. Suami saya tu bukan satu kelas dengan saya, bukan ada kelas yang sama pun.. Tapi kami dalam unit berunifrom yang sama PBSM. Hanya seminggu or 2 minggu sekali jumpa. Saya tak sedar bila..tapi saya tau dalam hati saya selalu sangat berharap dapat jumpa dia @ dapat SMS dari dia @ call dari dia.. Tapi saya tau, dia sukakan classmate dia. Dan saya sebagi good listener selalu sudi mendengar cerita dia tentang dia hehe..Walaupun pedih sangat hati..

Sampai masa kami praktikal. Kami ada keluar berdua beberapa kali. Walaupun kekadang saya sedar dia cuma anggap saya sebagai kawan biasa.. Tapi saya tak kisah, asalkan dapat keluar berdua. Masa besday saya, dia ajak saya keluar raikan. Makan-makan dan tengok wayang dan dapat hadiah dari dia. Taklah mahal tapi saya masih ingat apa dia cakap pada sales girl yang jual barang tu.."senang saya nak tau kehadiran dia dengan benda ni..sekarang saya ikat kaki dia mana tau nanti saya dapat ikat hati dia"..dia belikan gelang kaki untuk saya..Dia bukan lelaki romantik dan mungkin kata-kata dia hanya gurauan tapi tetap membuatkan hati saya berbunga.

Dia juga pernah berkata supaya saya jangan menyimpan harapan pada dia..Bila berakhir tempoh praktikal..kami kembali ke MPTI dan suasana berubah. Saya selalu nampak dia bersama si dia. Dia pernah buat sticker nama dia dan si dia di keretanya. Saya pula menjauhkan diri dari dia. Tak nak terlalu berharap. Saya dan dia tidak pernah berjanji apa-apa. Tapi kami saling faham apa yang ada di hati. Dia suka saya, tapi saya macam terlambat hadir.

Saya tidak menghubungi dia lagi.. Tetapi ada gambar kenangan kami yang dapat mengubat rindu saya pada teman saya itu. Saya bukan saja kehilangan orang yang saya sayang tapi juga seorang teman rapat. Saya kuatkan hati..Bulan 11 merupakan cuti akhir kami. Dan dalam hati saya juga merasakan setakat itu aje persahabatan kami. Hinggalah dia telefon saya pada suatu hari. Kerana rindukan seorang teman.. saya bersahabat kembali dengan dia. Melayan SMS dia dan cuba menjadi orang yang memahami. Mendengar dan membaca kisah cintanya dengan dia.. Hehe..

Bulan 1 kami posting. Saya dapat posting di Selangor dan dia di Melaka negeri kelahirannya. Kami pernah beberapa kali plan nak jumpa tapi disebabkan kesibukan terpaksa ditangguhkan. Akhirnya pada cuti sebelum Raya Haji, kami berjumpa di KL. Saya tak balik kampong kerana mak dan arwah ayah berada di Tanah Suci. Kami berjumpa dan bercerita seperti tidak pernah ada apa-apa yang berlaku. Sampai masa kami berpisah. Sejak itu, dia seperti seakan cuba menceritakan perasaan dia pada saya. Beberapa kali kami berjumpa akhirnya hati kami bertaut. Tiada lagi si dia yang dia puja. Malas saya hendak bertanya. Saya malas lagi nak bercinta seperti remaja-remaja sekolah. Kami bercinta sebagai pasangan yang matang.


Hubungan kami direstui kedua keluarga dan kami mengikat tali pertunangan pada akhir 2006. 18 Ogos 2007 kami dinikahkan. Beberapa bulan berjauhan. Akhirnya kami dapat hidup bersama. Saya bahagia di sisinya. Kekadang bertikam lidah, terguris hati..itu adalah asam garam pasangan suami isteri. Dikurniakan dua puteri lagi menyerikan rumah tangga kami. Dan kini, menanti kelahiran anak ke tiga kami. Cinta saya pada dia masih kuat macam dulu. Seperti saya jatuh cinta pandang pertama padanya. Walaupun telah hamper 4 tahun berkahwin, saya tetap rindukan dia jika dia tiada di sisi. Saya cuba jadi yang terbaik buatnya. Semoga kami bercinta hingga ke syurga. I love u with all my heart and my soul.

Monday, April 18, 2011

Hari Kantin yang meriah..

Hem dah jd DJ..walaupun saya kurang meneyerlah..at least ada gak suara saya berkumandang di SKSD hehe..Tahniah untuk Misz Sephia yang menjalankan tugas dengan BAIK sekali..abes la u pasni..Hari Sukan mesti u jd Juruheboh lg hehe..

Tapi serius ni la Hari Kantin yang paling syok..coz ada permainan..dulu2 tak pernah pun..

Tahniah kawan-kawanku.

Wednesday, April 13, 2011

Esok..

Esok, Hari Kantin sekolah saya. Saya diberi dua tugas..sebelum dan semasa Hari Kantin. Untuk tugas sebelum, saya kena buat Buku Program-dah selesai. Yang belum, jadi DJ untuk Hari Kantin esok..hua hua apelah cerita esok ye..Digandingkan lak dengan Misz Sephia.

Tak tau nak merapu apa esok. Saya pun ada nervous gak kalau mula bercakap di khalayak..tapi bila dah start dalam 10 minit dah OK. Yang risau..kot syok sendiri esok huahua..

Risau gak kot tak cukup nafas nak bercakap hehe..

Apa-apa pun tunggu je lah esok menjelang..dan apa yang berlaku. Nanti saya update lagi cerita esok..

Saturday, April 2, 2011

Kuatkan fizikal dan mentalku..Ya Allah

Suamiku tercedera semasa bermain takraw..semalam dah buat MRI dan doktor sahkan ada tisu terkoyak dan ada urat yang rosak..saya pun tak faham sangat.. Cuma doktor nasihatkan suami saya buat surgery..tapi suami saya memilih untuk membuat fisioterapi je.. Maklumlah komitmen banyak sangat sekarang.. Bila semua dah buat ok nanti, saya akan pujuk suami saya..
Seminggu ini, suami saya terpaksa bertongkat dan berjalan pun perlahan-lahan je.. Kesian saya tengok dia dan lagi kesian anak-anak kecil saya yang dua orang tu.. Semua manja dengan apaknya. Asyik mintak apaknya angkat. Kesian bila petang-petang ajak apaknya keluar bermain atau berjalan-jalan di taman. Tapi apaknya tak mampu.. Saya pulak dah tak larat sangat.. Kandungan saya dah masuk 34 minggu..dengan ada sedikit masalah hemoglobin darah rendah dan berat tak naik.. Tapi demi anak-anak, saya gagahkan jugak badan dan kaki bawak diorang main-main kat luar. Yang Kak Ngah baru dapat 'lesen' so asyik nak test skill je la. Kak Long lak kena perhatikan juga, kadang-kadang ada gak dia tolak adik. So dua-dua boleh bermain tapi di bawah perhatian.
Saya? Kalau ikutkan hati kadang rasa nak meraung.. penatnya badan hanya tuhan yang tahu..kerja kat sekolah asyik bertambah je..berkurang sikit bertambahnya banyak.. Bila malam dapat rebahkan badan, rasa macam tak nak bangun2 lagi. Tapi jap lagi Khairina dah merengek. Bangun jugak walaupun sekarang peha dan pinggang dah rasa sakit dan selalu kejang. Bila fikir macam mana ibu tunggal yang uruskan anak sorang-sorang, saya rasa bersyukur kerana saya masih ada suami..Yang walaupun sekarang banyak tak dapat bantu saya..tapi dia ada sebagai kekuatan mental saya..
Sehari dia kat hospital saya dah rindukan dia.. terasa kehilangan.. saya pujuk dia supaya balik. Jangan bermalam di hospital. Hati saya sedikit tenang bila anak-anak bermain dengan elok. Takde gaduh-gaduh. Seronok tengok diorang. Fizikal saya sedikit terubat bila jaga pagi, suami saya urut-urut tengkuk dan belakang saya. Hati saya terhibur bila hantar Kak Long ke rumah pengasuh, dia tak meragam dan salam dan cium saya. Dia, dia, dia adalah kekuatan fizikal dan mental saya.. Saya kuat kerana mereka bertiga (dan yang keempat bakal menyusul)
Ya Allah kaut kanlah fizikal dan mental saya. Saya perlu lalui semua ini Ya Allah. Amin. Amin. Amin.

Thursday, March 24, 2011

Persiapan untuk bersalin

Sekarang dah mengandung anak ke tiga, jadi macam dah terror la persiapan untuk bersalin ni.. Ramai rakan-rakan sekerja yang mengandung pada tahun 2011 ni..dan mungkin selepas ini ada lagi yang akan mengikut jejak langkah kami.

Ada yang nak dapat anak pertama selepas beberapa tahun kahwin, ada yang nak dapat anak pertama selepas baru duduk bersama dengan pasangan, ada yang bunting pelamin, ada yang nak dapat anak ke dua selepas beberapa tahun tak mengandung, ada yang tiap-tiap tahun mengandung..macam-macam situasi la yang ada. Dan mungkin selepas ini akan ada lagi pengantin baru yang akan mengandung..insya allah. Murah rezeki rakan-rakan saya.

Bercakap mengenai persiapan bersalin lak. Persiapan mental sangat penting manakala persiapan fizikal adalah perlu. Mental bakal ibu dan ayah kenalah kuat, bersedia untuk menerima apa jua keadaan anak yang bakal dilahirkan nanti. Juga mestilah telah bersedia untuk memikul tanggung jawab yang besar menjadi ayah dan ibu terutama yang baru hendak mendapat anak pertama tu. Sebab segala-galanya akan berubah. Kalau masa berdua boleh keluar lewat malam la, pergi pesta or karnival tapi bila dah ada anak semua itu harus dilupakan sementara anak besar. Bila anak besar ada lagi anak kecil kan. So semua itu perlukan pengorbanan. Kalau sebelum ada anak boleh rehat-rehat sepuas hati, selepas ada anak kita kenalah korbankan masa rehat kita. Itulah yang saya lalui. Dulu mata lebam sikit sebab bercermin mata, sekarang lebam banyak sebab tidur tak pernah cukup. Aha..lagi satu bakal-bakal ibu kenalah bersedia untuk menerima perubahan fizikal mereka..tapi ada yang beruntung dapat maintain..

Persiapan fizikal lak..biasanya ibu-ibu paling suka bab ini. Macam-macam akan dibelikan untuk bakal anak. Tapi kenalah ikut kemampuan dan jangan sampai membazir. Lepas ada anak nanti nak melabur untuk diorang lak. Masa saya mengandung anak pertama saya pun macam tu gak. Semua nak dibeli. Tapi mujurlah saya agak kedekut dan rasional. Bila masuk anak ke tiga saya lagi lah rasional.

Bukan persiapan di atas je. Untuk ibu yang melahirkan pun kenalah ada duit untuk 'servis' tubuh badan lepas bersalin. Nak berurut la..ubat-ubat jamu bagai..Semua tu tak murah..paling murah orang urut RM30.. tu kat kampung la..

So, apa-apa yang dibuat..kita kena rasional..dan jangan malu bertanya orang yang berpengalaman..wah cam pakar je saya ni hehe..

Wednesday, March 23, 2011

Persiapan kelahiran

Lagi 7 minggu EDD..tapi rasenya lagi 5 minggu je kot..saya akan lahirkan baby ke 3 saya.. saya pun dah rase tak larat sangat dah.. nak bangun pun dah susah.. masa mengandung anak pertama dan ke dua, alhamdulillah saya dapat lalui dengan jayanya.

Ermm bercakap mengenai persiapan kelahiran, baju baru untuk si kecil dah beli. Saya belikan yang berwarna coklat, hijau dan oren. Takde yang ropol-ropol macam masa saya belikan untuk Khairina. Tapi cuma 4 pasang baju baru. Sama macam Khairina. Cuma belum basuh dan masukkan dalam beg. Suamiku pun dah tanya. "Bila mama nak siapkan barang baby?".

Ermm tak sempatlah lagi, cuti seminggu aritu balik kampung. Baju-baju si kakak-kakak yang masih elok pun belum dibasuh lagi. Memang kesuntukan masa sekarang. Khairina pun tengah lasak. Kadang dia kacau kakak, risau lak nak biar dia main berdua je. Takut kakak tolak or pukul dia..sebab dia kacau kakak. Tapi bila tengok diorang sayang-sayang.. saya rasa bahagia sangat. Semoga kasih sayang diorang akan kekal sampai bila-bila..

Ada lagi barang yang hendak dibeli, cuma hubby lak asyik bz dengan kelas tambahan la, latihan sukan la. Siapa cakap kerja cikgu senang ek? Kami pun ada komitmen tersendiri..bukan setakat mengajar di dalam kelas je. Takpe la saya pun dah cakap dengan hubby, ada lagi barang nak dibeli. Mungkin lagi sehari atau 2 dapatla tu.. Ingat nak amik cuti sehari siapkan barang-barang tu. Tapi tak decide lagi bila. Lagipun kerja kat sekolah ni banyak lagi. Saya nak cuti dengan seronok nanti. Tak nak la time cuti orang tepon tanye pasal cuti hehe..

Tu je la celoteh saya kali ni.. Dah lari dari tajuk pun hehe.. Kat sekolah sekarang saya free sikit sebab ada budak praktikal ambil kelas saya. Tapi untuk sebulan je. Ada kerja nak dibuat, tapi kena tunggu Cik Sephia ada.


Thursday, March 10, 2011

Agresifnya mama..

Penat.. penat.. semua kawan-kawan kat tempat kerja risau tengok keadaan saya yang perut dah besar tapi masih aktif ke sana ke mari.. apa nak buat..banyak kerja menuntut perhatianku.. chewah.. kena selesaikan semua kerja-kerja ni sebab nanti nak bercuti 90 hari.. yahoo hehe..kalau cuti 60 hari dulu liat nak kerja balik.. ni cuti 90 hari lagilah liat ek..azam dalam hati.. lepas 60 hari cuti.. saya nak hantar baby ke pengasuh.. then saya nak kemas dan hias rumah..hajat di hati lah..hehe..

Semalam saya memaku di dalam kelas..kawan-kawan cakap ni mesti anak lelaki..kalaulah kalau.. saya bersyukur sangat-sangat.. kalau kata-kata diorang tak betul pun dapat yang berlawanan saya pun bersyukur sangat-sangat..

Banyak betul saya berjalan hari ini.. bila balik rumah je mesti kaki sakit.. malam-malam mesti kaki cramp.. yang jadi mangsa suami dan anak-anak hehe..

Tuesday, March 8, 2011

Kenapa menangis sayang?

Hari ni gi kerja sama-sama..coz balik kerja saya ajak suami ke hospital untuk booking kelas peneman.. tapi kelas dah penuh sampai tarikh saya bersalin..staff nurse kat situ pesan supaya mintak je ngan nurse labour room nanti.. hati saya dah risau ni..anak pertama dan kedua si dia bersamaku..harap-harap nurse bagilah suamiku masuk nanti.. saya takut..dan saya nak suami menyaksikan sendiri pengalaman saya bersalin kesemua anak kami..

Okkay..berbalik kepada tajuk di atas..entah kenapa kak long menangis masa hantar dia ke rumah pengasuh..siap pegang kaki saya dan suami..sayang mama go work la..dia tetap menangis.. Saya minta makcik tu angkat dia masuk dan saya tutup pintu pagar..sedih hati mama kak long.. kenapa kak long menangis..mama kena tolong apak..mama pun kena kerja supaya dapat bantu apak..nanti nak beli baju kakak dan adik-adik, beli toys..

Sepanjang hari saya fikir..apa yang saya dah buat kebelakangan ni..hinggakan kak long macam susah hati.. tak tenang hati mama sayang..

Sunday, March 6, 2011

Mama Sayang Kakak..



Risaunya hati saya..sejak kebelakangan ini Kak Long asyik buat perangai je..Ada je yang tak kena..kalau dia nak apa-apa mesti dia menangis..mama risau sangat-sangat..Hubby kadang-kadang 'panas' dengan perangai kak long ni..

Apalah yang ada dalam hati dia ek? nak kata mama tak beri perhatian..same je..kalau mama main ngan kak ngah..kak long pun ada sekali..tapi apa yang adik main dia akan rampas..sedangkan dia tak nak pun mainan tu..kadang terkuat juga suara mama ni..terjentik juga kak long..

Kak long..kasih sayang mama pada kak long dan kak ngah sama je..mama terpaksa lebihkan kak ngah sebab adik tak dapat jalan lagi..kak ngah kecil lagi la sayang..

Ya Allah lembutkanlah hati anak-anakku..Leeya Khalisyah dan Leeya Khairina..

Saturday, March 5, 2011

Testing my new toy..

Hari Khamis baru-baru ni, sorang staff sama tempat kerja ngan hubby saya bersara..so hubby bawakla saya dan anak-anak sekali ke majlis tu..Kat King's Hotel..dekat dengan Jusco hehe.. lepas dah makan..kitorang gi Jusco..hubby bawak anak-anak gi playland..saya lak..gi beli barang untuk sambut sorang lagi ahli dalam keluarga kami..Tak banyak yang saya beli sebab risau kot-kot hubby susah nak jaga 2 orang anak dara tu.. Lepas bayar saya pergi la tengok diorang hehe tengah main kereta langgar..bukan bump car yang real tu ni kena tolak guna kaki..

Sebab hubby dah belikan kamera baru kaler pink lagi so sempatlah saya snap gambar terbaru anak-anak..Leeya Khalisyah dan Leeya Khairina..


Monday, February 21, 2011

Banyak keje tertangguh..



Banyak kerja?tak cukup masa?Atau malas buat kerja?? Mana satu jawapannya ya..tapi tahun ni banyak kerja saya yang tertangguh dan agak lambat dari kawan-kawan yang lain.. Tak pernah sepanjang profession saya..nama saya naik kerana tak siap kerja..tapi hari ini Boss umumkan nama saya salah seorang yang tak siapkan kerja on-time..Huhu..tiap-tiap hari saya balik agak lewat dari orang lain..tapi kerja tak siap gak..mungkin sebab kerja saya hanya di tempat kerja..di rumah tak sempat..ni pun curi-curi masa sementara anak-anak tengah main..kalau saya buka buku untuk buat kerja alamak banyaklah hasil seni atas buku-buku saya nanti..

Apa yang harus dibuat?? Ya Allah permudahkanlah urusanku dunia dan akhirat..amin..amin..amin..Ya Allah

Thursday, February 17, 2011

Tanpamu..



Sekarang usia kandungan anak ke3 dah 6bln..keupayaan saya pun dah agak terbatas..kadang2 kaki cramp, penat dan macam2 la..dan lagi karenah 2 budak kecil itu..fuh amat mencabar..

Syukur sangat.. Mohd Khairulsahril suamiku..banyak sangat membantu diriku ini..Ya betul anje..cyg banyak bergantung pada anje..anje tolong mama dalam semua hal..urusan rumah, anak2, makan minum kita..semua anje uruskan..tak dapat mama bayangkan mama lalui itu seorang diri..
Anak bangun malam, anak berak, anak meragam semua anje tau uruskan..

Tapi mama..seorang perempuan kadang tetap juga berleter dan bising ngan anje..maafkan mama ye..tapi mama berleter pun jap je..tak macam org lain..

Entry kali ini khas buat suamiku..terima kasih banyak2..menjadi suami dan apak yang baik buat mama, Leeya Khalisyah dan Leeya Khairina..dan baby dalam perut mama ni..Kami semua sayangkan apak banyak-banyak..

Leeya Khairina 1 year


Picture from Google

Assalamualaikum..hari ni dah 17 hb Februari..Sebenarnya tarikh lahir Khairina 7 hari yang lepas..Saya memang dah berangan nak taip entry ni pada 7 hari yang lepas..Tapi tak sempat..Nina demam dia asyik berbalik-balik..kak long lak kurang sihat sangat..masih batuk-batuk..Mama dan apak..alhamdulillah masih sihat untuk menjaga dua orang puteri kesayangan ni..

Kek untuk Nina? Belum ada pun..Kenapa? ingat nak celebrate sekali ngan Arif Zafran kazen si Nina..so wait dulu..

Saya cuma nak ceritakan perihal Nina, pencapaian dia setakat ini:
  1. Gigi belum tumbuh lagi la sayang..tapi gusi dah bengkak..mama macam dah nampak ada bayang2 gigi nak tumbuh
  2. Berjalan pun belum..mama tak risau sangat coz kak long jalan pun umur setahun 2 bulan..sabar ye sayang..tiba masanya Nina akan berjalan k..
  3. Kartun feberet..sama macam kak long dulu..Mickey Mouse Club House..hehe
  4. Pantang tengok suami mama jalan ke pintu dia akan jerit minta didukung..ish2
  5. Tido malam selalu terganggu la si Nina ni..konfius mama..kadang setiap 1 jam dia jaga..mcm baby..apsal ek?
  6. Joget..mcm kak long gak..pantang dengar lagu or muzik dia akan goyang2 hehe
  7. Terbaru..kalau tak dapat apa yang dia nak..dia ketuk kepala sendiri hihi
Itulah pencapaian Nina setakat ni..banyak lagi tapi ni yang mama rasa menarik..
Picture Nina yang terbaru..takde la coz mama takde camera dah..dan hp pun tak berapa ok..just wait k..

Wednesday, February 2, 2011

Tidak sihat..

Baru-baru ni cakap ngan MiszSephia nak tutup dah blog ni..tp tetiba saya rasa rajin lak nak update..walaupun 2,3 hari sekali..walaupun takde benda nak ditaip..

Semalam MC..badan rasa kurang sihat..mungkin sebab badan ini penat sgt..asek dikerah je..berehatnye sikit je..so dapatlah rehat walaupun sikit..

Hari ni bangun pagi tadi rasa badan khairina panas..bagi dia makan ubat..kak long pun macam panas gak..bagi kak long ubat demam ngan batuk..Tapi bila malam tak turun gak panas adik..dan kak long batuk berkahak sampai dengar bunyi kat dada dia..so saya dan hubby bawak gi klinik..doktor bagi antibiotik sekali..Semoga anak-anak mama cepat baik..anak-anak mama kuat..

Nasib baik esok dah start cuti..so dapatlah diorang dijaga oleh saya dan hubby..risau kalau anak-anak demam ni..sifat diorang akan berubah dari yang selalu ceria pada kuat meragam..tak aktif..kesian anak-anak mama..cepat sihat ye sayang..

Monday, January 31, 2011

Rezeki Dari Allah..

Dah tiga hari hujan turun tek henti-henti..baju pun tak kering..tapi itu semua kerja Allah..dah putaran alam..Hujan berangin lak tu..sejuk..malam tadi badan pun rasa seram sejuk je. Cakap ngan hubby dia suruh gi klinik pagi ni minta cuti sakit. Tapi bila ingatkan GB nak observe saya kuatkan jugak badan ni. Bila dah tengahari dekat-dekat waktu nak balik perut rasa senak, kepala rasa pusing dan badan pun seram sejuk je..tekak pun sakit. Nak demam kot?

Balik tadi ajak hubby gi klinik. Doktor check erm.. ada demam sikit dan tekak pun merah. Kerana diriku begitu berharga doktor bagi cuti sakit untuk esok. Dan hubby terus mengambil peluang berharga ini untuk mengintai baby dalam perut saya. Doktor cakap kedudukan baby melintang. Uri pun bawah..tapi jangan risau kerana masih awal. Masa kak long dan kak ngah pun gitu gak..bila dah 7, 8 bulan baru baby pusing dan uri naik..Inya allah..semua akan selamat. Doktor juga kata jeng..jeng..jeng.. kemungkinan kami akan dapat gegirl lagi. Tapi tak pasti sangat. Hubby cakap kami tak kisah..syukur dapat anak, ada orang langsung tak berpeluang ada anak.

Terima kasih anje kerana begitu memahami. Walaupun saya nak anak lelaki seorang tapi jika ditakdirkan Allah semua anak saya perempuan. Saya terima dengan redha. Setiap anak membawa rezeki kepada kami tak kira lah lelaki atau perempuan. Yang paling penting baby ini sihat dan sempurna seperti kak long dan kak ngah. Mama sayang kamu semua.

Saturday, January 29, 2011

Dah tua-tua pn tak paham lagi..

Pagi hari Sabtu ni kak long bangun awal lak..selalu hari sekolah lama nak kena kejutkan dia..siap cakap nak tido lagi la ngantuk la..Sambil temankan diorang tengok tv dan main-main..saya buka le fb..tengok wall post oleh Pn Mek Na..keluhan dia mengenai dua orang rakan sekerja yang suka sangat lepas tangan..

Sorang Pn.L yang memang saya pun anti sangat2..umur dah tak sampai 10 thn lg nak pencen kot..tapi dia punya kerja macam orang yang baru kerja..saya yang kerja 5 tahun lebih ni pun lagi terror dari dia..Yang bestnye dia jenis yang wat tak tau je..Saya memang dah lame GERAM dengan Puan ni..lagi-lagi bila ada latihan sukan dan Hari Sukan..dah la dia satu rumah sukan ngan saya..Dengan payungnya..baju tak tukarla..kalah kita yang perut dah besar ni..

Lagi satu perihal rakan-rakan yang lebih dewasa di dalam bilik 'ofis' kami ni..Saya tergolong dalam golongan yang datang awal ke tempat kerja..selalu la saya menonton adegan sisa-sisa makanan bersepah di ofis tu..nak marah kucing?memangla tak masuk akal..sebab kucing ada otak takde akal..Dulu saya bersihkan gak..dah masuk tahun ke 4 saya saksikan ni semua..saya dah malas..

Kenapa ada orang yang selesa "Buat Tak Tau" je ek?? Saya jenis cepat risau..jadi saya jarang buat tak tau je..

Thursday, January 27, 2011

Asal muka je cantik..



Terperanjat saya bila mendengar kisah tentang seorang perempuan yang makan duit yang diamanahkan kepadanya..Bukan tak pernah dengar kisah2 orang pecah amanah di tv dan radio..tp yang tak dapat nak terima bila kisah ni terjadi pada orang yang bergelar pendidik..

Manusia ni betullah rambut sama itam..cuma sekarang ramai rambut dah karat..tapi hati hanya Allah yang tau..guna duit untuk kecantikan diri..memang la takpe..kalu duit itu kita punya..

Macam2 kisah manusia sekarang ni..ada akal tak dapat nak guna sepenuhnya..tapi serius kesian dengan orang macam ni..nauzubillah

Monday, January 24, 2011

Masak lemak cili padi udang dan pucuk paku..

Petang tadi balik sekolah terus singgah kedai nak beli santan..sebenarnya resepi ni dari semalam lagi nak dimasak..tp kekangan masa..so balik sekolah tadi since dua budak cinonet tu takde mama cepat2 ke dapur lepas solat zuhur..

Mulakan aktiviti pra masakan..siang pucuk paku, kopek bawang, blend semua benda..bersihakan udang dan masak..then goreng je ikan tenggiri..then tanak nasi..

Hubby lum balik..rest jap then mandi untuk ke sekolah balik..hari dah mendung mata dah ngantuk..dlm hati harapkan hujan so takdela latihan olahraga hehe..

Sampai sekolah budak2 dah bersepah..sorry lambat skit je..tak sempat asar pun..asar lambat..dekat sejam je then Cikgu Ainol datang..so boleh balik..ambil Khairina yang dah tersengih2..sian anak2 mama..asek lambat je..sampai umah kak long ngan hubby dah tunggu..

Soo..thats all hehe..sementara tengah rajin kan :)

Catatan Kelahiran Part 2

Berkurun baru nak update balik.. banyak sangat kerja2 yang menuntut perhatianku hehe..
Hari ni lak nak cerita pengalaman bersalin anak ke dua..yang juga puteri bernama Leeya Khairina.. Jarak kelahiran kedua-dua puteriku hanya 1 thn 5 bln..terlalu rapat..tapi aku bersyukur kerana Allah memberiku peluang sekali lagi untuk melalui nikmat mengandung dan bersalin..

Mama dijangka melahirkan Khairina pada hari Valentine..ada jugak terlintas dalam hati nak cakap ngan hubby Khairina adalah hadiah valentine buatnya..tapi subhanallah..niat aku telah terpesong..9 hb masa tidur mama dah rasa sakit sikit2..ya walaupun rasa itu tak dapat diceritakan tapi mama masih ingat rasa sakit masa nak lahirkan Kak Long dulu..Mama cakapkan pada apak..apak cuak..apak nak bawak mama ke hospital tapi mama tau masanya belum tiba..mama cuba tidur dan berehat..

Esok pagi 10 JFeb mama ambil cuti rehat..mama tak ke sekolah..tapi hanya berehat di rumah..apak beberapa kali berpesan supaya telefon dia jika sakit..walaupun anak ke dua apak masih cuak hehe..rasa sakit selang 1 jam..dah ada tanda coklat keluar..tapi mama masih bertahan..malamnya selepas apak solat maghrib mama minta apak bawa ke hospital..mama terus diperiksa sementara apak mendaftar..doktor cek bukaan dah 6 cm..CTG dibuat..tak sampai 2 jam mama dihantar ke labour room..lebih kurang pukul 11 malam..mama minta nurse telefon apak..apak sedang tidur dalam kereta..sian apak..then apak datang dan tenangkan mama..rasa sakit selang 5 minit..air ketuban dah dipecahkan..nurse minta sabar dan jangan teran..mama hanya mampu mengucap, selawat dan istighfar..dan meminta maaf pada apak serta cium tangan apak berulang kali..setitis air mata pun tak keluar walaupun rase sakit yang amat sangat..ada satu tahap nafas berasa pendek sahaja..

lebih kurang pukul 1 pagi..mama rasa ada benda hendak keluar..macam nak berak..apak panggilkan nurse..anak ke dua takde doktor ye..staff nurse datang..mereka cek dan sah..Khairina dah nak keluar..mama disiapkan..apak makin kuat pegang tangan mama dan mengusap rambut mama berulang kali..dua kali teran mama dengar suara baby..Ya Allah..Khairina dah keluar..nurse tunjukkan Khairina pada mama dan apak..inilah first time mama rasa nikmat itu..kerana masa kak long lahir mama ngantuk kesan ubat..mama nangis dalam dakapan apak..apak senyum bangga kerana dah jadi apak kepada 2 anak dara..kemudian Khairina diserahkan pada mama..Ya Allah syukur pada mu...Aku rasa lagi nikmat itu..kesakitan yang mengandungi sejuta kenikmatan..syukur syukur..Khairina dah pun hampir setahun..sangat comel macam kak long..