Wednesday, April 20, 2011

Cinta Kami..


Tetiba saya rasa macam nak sangat tulis mengenai insan yang paling saya cintai dan bagaimana kami jumpa. Dia adalah teman serumah saya @ teman sebilik @ teman suka dan duka..dan dia adalah SUAMI saya..Mohd Khairulsharil bin Minhad. Saya kenal dia tak lama, tapi saya macam cepat sangat ngam dengan dia. Mungkin sebab dia suka sangat bercakap.. dan saya suka sangat mendengar dia bercakap. Walaupun kadang-kadang bahasa dia agak kasar hehe..

Saya kenal dia masa saya sambung KPLI selama setahun di MPTI, JB. Tapi disebabkan ada sedikit masalah saya memang cuba untuk jauhkan diri dari orang tu. Since dapat belajo di JB so saya dapatlah jauhkan diri dari seseorang tu. Suami saya tu bukan satu kelas dengan saya, bukan ada kelas yang sama pun.. Tapi kami dalam unit berunifrom yang sama PBSM. Hanya seminggu or 2 minggu sekali jumpa. Saya tak sedar bila..tapi saya tau dalam hati saya selalu sangat berharap dapat jumpa dia @ dapat SMS dari dia @ call dari dia.. Tapi saya tau, dia sukakan classmate dia. Dan saya sebagi good listener selalu sudi mendengar cerita dia tentang dia hehe..Walaupun pedih sangat hati..

Sampai masa kami praktikal. Kami ada keluar berdua beberapa kali. Walaupun kekadang saya sedar dia cuma anggap saya sebagai kawan biasa.. Tapi saya tak kisah, asalkan dapat keluar berdua. Masa besday saya, dia ajak saya keluar raikan. Makan-makan dan tengok wayang dan dapat hadiah dari dia. Taklah mahal tapi saya masih ingat apa dia cakap pada sales girl yang jual barang tu.."senang saya nak tau kehadiran dia dengan benda ni..sekarang saya ikat kaki dia mana tau nanti saya dapat ikat hati dia"..dia belikan gelang kaki untuk saya..Dia bukan lelaki romantik dan mungkin kata-kata dia hanya gurauan tapi tetap membuatkan hati saya berbunga.

Dia juga pernah berkata supaya saya jangan menyimpan harapan pada dia..Bila berakhir tempoh praktikal..kami kembali ke MPTI dan suasana berubah. Saya selalu nampak dia bersama si dia. Dia pernah buat sticker nama dia dan si dia di keretanya. Saya pula menjauhkan diri dari dia. Tak nak terlalu berharap. Saya dan dia tidak pernah berjanji apa-apa. Tapi kami saling faham apa yang ada di hati. Dia suka saya, tapi saya macam terlambat hadir.

Saya tidak menghubungi dia lagi.. Tetapi ada gambar kenangan kami yang dapat mengubat rindu saya pada teman saya itu. Saya bukan saja kehilangan orang yang saya sayang tapi juga seorang teman rapat. Saya kuatkan hati..Bulan 11 merupakan cuti akhir kami. Dan dalam hati saya juga merasakan setakat itu aje persahabatan kami. Hinggalah dia telefon saya pada suatu hari. Kerana rindukan seorang teman.. saya bersahabat kembali dengan dia. Melayan SMS dia dan cuba menjadi orang yang memahami. Mendengar dan membaca kisah cintanya dengan dia.. Hehe..

Bulan 1 kami posting. Saya dapat posting di Selangor dan dia di Melaka negeri kelahirannya. Kami pernah beberapa kali plan nak jumpa tapi disebabkan kesibukan terpaksa ditangguhkan. Akhirnya pada cuti sebelum Raya Haji, kami berjumpa di KL. Saya tak balik kampong kerana mak dan arwah ayah berada di Tanah Suci. Kami berjumpa dan bercerita seperti tidak pernah ada apa-apa yang berlaku. Sampai masa kami berpisah. Sejak itu, dia seperti seakan cuba menceritakan perasaan dia pada saya. Beberapa kali kami berjumpa akhirnya hati kami bertaut. Tiada lagi si dia yang dia puja. Malas saya hendak bertanya. Saya malas lagi nak bercinta seperti remaja-remaja sekolah. Kami bercinta sebagai pasangan yang matang.


Hubungan kami direstui kedua keluarga dan kami mengikat tali pertunangan pada akhir 2006. 18 Ogos 2007 kami dinikahkan. Beberapa bulan berjauhan. Akhirnya kami dapat hidup bersama. Saya bahagia di sisinya. Kekadang bertikam lidah, terguris hati..itu adalah asam garam pasangan suami isteri. Dikurniakan dua puteri lagi menyerikan rumah tangga kami. Dan kini, menanti kelahiran anak ke tiga kami. Cinta saya pada dia masih kuat macam dulu. Seperti saya jatuh cinta pandang pertama padanya. Walaupun telah hamper 4 tahun berkahwin, saya tetap rindukan dia jika dia tiada di sisi. Saya cuba jadi yang terbaik buatnya. Semoga kami bercinta hingga ke syurga. I love u with all my heart and my soul.

2 comments:

Sufia Mahzan said...

U!

I never know your love story. How sad! But he's soooo lucky that he realized u are the best in his life.

I hope both of you will happily ever after, insyaAllah!

u-nai said...

btul2x, terkujat i..tapi die mmg very lucky 2 have sumone like u.....