Friday, May 28, 2010

kisah anak-anakku..


Semasa aku dapat tau pregnant khairina, umur khalisyah baru 6 bln..macam2 perasaan yang muncul..gembira, sedih, risau dan macam2 lagila..kadang2 bile tidurkan khalisyah aku berasa sedih..risau khalisyah tak dapat perhatian sepenuhnya bile dah ada adik nanti..jadi masa yang ada sebelum bersalin khairina aku gunakan sepenuhnya bersama khalisyah..

Hari masa kontraksi bermula pun aku masih boleh mandikan khalisyah..malam sebelum pergi hospital aku masih pangku khalisyah..mengalir air mata risau takut mama akan lebihkan adik selepas ini..takut kakak berjauh hati dan merajuk dengan mama..khalisyah ditinggalkan di rumah wan dan aki masa aku ke hospital untuk bersalin..Masa aki dan wan datang hospital melawat mama dan adik khalisyah ikut sekali..bermanja ngan mama..tak layan sgt pasal adik masa tu..petang tu mama dapat keluar wad..khalisyah tak nak dekat dgn mama..agaknya dia pelik sapelah budak yang mama pangku tu..2 hari khalisyah tak endahkan mama..kitorang ajar dia panggil 'adik'..

Alhamdulillah..walaupun khalisyah tak faham lagi situasi ini..tp aku dapat rasakan dia amat menyayangi khairina..kalau dia keluar dengan hubby mesti balik dia akan jerit "adik!" dan akan cium adiknya..syukur walaupun dalam berhati2 khalisyah tak pernah lagi sakitkan adiknya..kelihatan seperti seorang kakak yang amat penyayang..lega hati mama..segala kerisauan di hati mama telah hilang..khalisyah tak kekurangan kasih mama..tapi makin bertambah..dan khalisyah menjadi seorang kakak yang penyayang..dan cepat matang..

Mama bahagia dikurniakan 2 orang puteri yang sangat comel dan bijak..khalisyah pun dah pandai bercakap walupun pelat.."Motor nak"..nak naik moto.."tutu nak" nak susu..'atat nak" nak diangkat..cakap terbalik..dan suke sgt menari..suke sangat mama tengok..budak aktif ni..dua-dua aktif..adik pun asyik bercakap dan ketawa..sayang anak-anak mama..kalau dikurniakan seorang lagi anak dan lelaki lagilah sempurna hidup mama..aku bersyukur padaMU Ya Allah..aku berasa bahagia menjadi seorang mama kepada Leeya Khalisyah dan Leeya Khairina binti Mohd Khairulsharil..

Saturday, May 15, 2010

Selamat Hari Guru..

Sambutn Hari Guru tahun 1996..jelas sangat dalam ingatan..mase tu aku dalam tingkatan 4..hari sambutan Hari Guru peringkat sekolah..dewan sekolah aku jenis kelas2 yang boleh bukak tu..ke sambutan ni buat kat kantin? aku lupa kat mane tapi peristiwa yang berlaku pada hari itu masih jelas di ingatan..semua murid berkumpul..mase tu langsung takde dalam hati nak buat cikgu gembira mase hari guru..yang aku tau kami sekelas kumpul duit pastu beli hadiah untuk cikgu..bukannya aku bodoh tak tau makne hari guru..kalu bodoh aku taklah berada di sekolah itu (psst sek aku top gakla hehe)..Bila majlis dah hampir dua jam berjalan..cikgu pun dah nyanyi lagu Kami Guru Malaysia..aku and gang..yang aku ingat Adib, Nani Kecik, Sofia, Ida..sape lagi menyelinap dan balik ke kelas..kelas 4 Abu Dzar..betul tak ek?nape byk benda aku dah lupe..tiba2 nampak Ustaz Mad datang dan bawak tongkat..kami ape lagi..berpecah dua tiga kumpulan dan berlari..selamatkan diri..kesian ustaz dahla mase tu bertongkat sebab kaki sakit..ada yang lari ke atas..aku dan sape ek..gi bilik seni ke ape kat bangunan belakang tu..tergelak kami ingatkan peristiwa itu..setelah hampir 10 tahun..murid yang pernah kena kejar mase Hari Guru itu telah bergelar seorang Guru..

Mase kat maktab..tiap kali perhimpunan rasmi mesti nyanyi lagu Kami Guru Malaysia..time tu meremang bulu romaku..kerana berasa beratnye tugas yang terpikul di bahuku..berasa semangat guru yang berkobar2 dalam hati..lagu itulah yang manjadi siulan ku..setelah di posting..hanya 2 atau 3 kali setahun lagu tu dinyanyikan.hanya pada Hari Guru dan mase rehearsal untuk hari guru..

Jenuh cikgu2 (gelaran bagi lecturer kat maktab) membasuh dan menanam minda kami agar menjadi guru..mase tl barulah aku tau..guru bukanlah kerja yang senang seperti tanggapan aku dulu..kerja yang balik awal huhu..sekarang takde makne nya nak balik awal..boleh balik awal tapi raselah bebanan kerja yang takkan siap..mase aku keje kat bank kejap..walaupun balik kul 7 or 8 malam tapi balik keja haritu semua dah beres..keje cikgu keje tak pernah habislah..ade aje kerja yang nak dibuat..

Sambutan Hari Guru tahun 2010 merupakan tahun ke lima aku menyambut Hari Guru sepanjang aku bergelar guru..sudah 5 tahun..anak murid pertamaku dah masuk ke sekolah menengah pun..tapi kalau mereka terserempak dengan aku adakah mereka akan menegurku..menyelami dan menciumku seperti yang aku lakukan pada teacher Noraziah (guru kelasku mase form 5)..mungkin ya atau tidak..aku hanya rasekan mereka akan melarikan diri dariku atau sekadar menjeling dari jauh..mungkin mereka juga beranggapan seperti majikanku seorang itu yang mngatakan guru tahap satu takdelah bermakna sangat..ya aku hanyalah guru tahap satu yang hanya mengenalkan kepada mereka sedikit ilmu pada permulaan sekolah mereka..aku tidak mengajar mereka pada tahun peperiksaan mereka..tapi adakah jasa aku tidak harus diingati..aku tidak minta dihargai..cuma akau harapkan takdelah yang cakap guru tahap satu tak barmakna sangat..

Takpelah..yang pasti aku jujur dan ikhlas..dan pening kepalaku setiap kali nak buat anak murid tahap satuku ingat dan paham apa yang aku ajar..agar guru tahap dua tak mengatakan apaelah cikgu tahap satu awak ajar dulu ek???

Akulah guru..lagi 26 tahun tempoh perkhidmatanku..harapnya aku akan dihargai jua suatu hari nanti walupun aku kekal sebagai guru TAHAP SATU..agak emosional??mungkin...

Pentingkah sebuah ucapan?

Bulan Mei, bulan yang penuh dengan sambutan..Hari Ibu, Hari Guru, Hari Buruh dan masa bawak Khairina gi injek baru2 ni aku dapat tau bukan 5 pun ada Hari Nurses..
Pentingkah sebuah ucapan bagi sesuatu sambutan? Secara peribadi aku rase penting..sebabnya..ucapan adalah satu doa..macam ucapan salam..suatu doa..begitulah juga dengan ucapan..contoh : Selamat Hari Ibu mama..dan mesti ucapan itu akan disambung dengan ayat macamm..semoga mama akan jadi mama yang terbaik di dunia ini..adi bila dapat ucapan pada hari yang istimewa hati kita akan berbunga riang..la la la la..lagi2 dari orang yang paling kita sayang..
Tapi kalu takde ucapan..dalam hati mesti ada rase tak puas..dah bad mood je all the day..cukuplah sekadar ucapan..tapi disusuli dengan ganjaran lagi bagus..sebagai satu tanda ingatan dan penghargaan..apa slahnye kan?Bulan Mei pun hanya sekali setahun..
So pikir2 lah ye...

Wednesday, May 5, 2010

Aku ibu..


Tak lame lagi hari ibu..erm ni thn ke 2 aku lalui Hari Ibu sebagai Ibu opss mama kepada 2 org puteri yang sentiasa aku rindui dan sayangi..uniknya perasaan seorang ibu ini..nak tau kenapa??
  1. walaupun comot dan busyuk anak kite tapi tetap akan dicium2 kerana bagi seorang ibu bau anaknya sentiasa wangi..kalau poo poo (berak) pun cium gak..tak geli pun..hehe
  2. sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak..ironinya (cehh ayat)..sanggup beli atau sediakan ape aje utk anak..tgh makan anak nangis sanggup tinggalkan makanan..baju anak tiap2 bulan beli baru kot..baju mama ngan apak..etahun sekali kot..hehe..
  3. sentiasa risau pasal anak..ye..kalu kat sekolah selalu pikirkan perihal budak 2 orang ni..kakak risau kot dia nakal kat umah org nanti orang boring ngan dia lak..risau dia sakit mase nak poo poo sebab dia selalu sembelit (macam mama)..risau sekarang asek tak nak makan je..macam2 la risau..walhal dia kat umah wan dan aki pun mama sentiasa risaukan dia..kalau boleh sentiasa nak dia di depan mata je..adik lak..risau adik macamane lah pengasuh dia jaga..walhal orang tu syg sgt ngan adik..tp hati mama seorang ibu sentiasa risau ngan keadaan anak2..
  4. tak sanggup tgk anak dalam kesakitan..mama kalau kakak terjatuh ke (sbb adik baru 2 bln lbh tak lasak agi) mesti mama risau sgt2..kalau ada luka atau lebam dan kakak nangis mesti mama mengalir air mata sekali..thats y la bile mama bace pasal anak org yang sakit mama sedih sgt..syukur alhamdulillah anak2 mama sihat dan jarang sakit..
  5. anak diutamakan..mama tau syurga mama adalah keredhaan suami..tp dalam ape2 hal mesti mama dahulukan anak2..kenapa?sebab apak tau uruskan diri sendiri..anak2 harapkan mama dan apak je..syukur lagi sekali kerana suamiku MOHD KHAIRULSHARIL BIN MINHAD..amat memahami dan sentiasa bersama menguruskan segala hal..sayang sangat kat apak..
  6. yang pasti bila dah kahwin dan ada anak ini hanya mereka yang aku pikirkan..hidupku hanya mereka..bukanlah tak bersosial..tapi mereka tetap utama..tu lah sebab aku tak paham bila ada isteri orang yang bergelar ibu boleh ada boyfriend kat luar..camne dia bahagikan hati dia ek??tak paham...
Selamat Hari Ibu buat semua Ibu di dunia ini..terutama kepada emak tercinta..Puan Fatimah bt Ibrahim..dan ibu mertuaku Puan Kastama bt Ali..