Friday, May 28, 2010

kisah anak-anakku..


Semasa aku dapat tau pregnant khairina, umur khalisyah baru 6 bln..macam2 perasaan yang muncul..gembira, sedih, risau dan macam2 lagila..kadang2 bile tidurkan khalisyah aku berasa sedih..risau khalisyah tak dapat perhatian sepenuhnya bile dah ada adik nanti..jadi masa yang ada sebelum bersalin khairina aku gunakan sepenuhnya bersama khalisyah..

Hari masa kontraksi bermula pun aku masih boleh mandikan khalisyah..malam sebelum pergi hospital aku masih pangku khalisyah..mengalir air mata risau takut mama akan lebihkan adik selepas ini..takut kakak berjauh hati dan merajuk dengan mama..khalisyah ditinggalkan di rumah wan dan aki masa aku ke hospital untuk bersalin..Masa aki dan wan datang hospital melawat mama dan adik khalisyah ikut sekali..bermanja ngan mama..tak layan sgt pasal adik masa tu..petang tu mama dapat keluar wad..khalisyah tak nak dekat dgn mama..agaknya dia pelik sapelah budak yang mama pangku tu..2 hari khalisyah tak endahkan mama..kitorang ajar dia panggil 'adik'..

Alhamdulillah..walaupun khalisyah tak faham lagi situasi ini..tp aku dapat rasakan dia amat menyayangi khairina..kalau dia keluar dengan hubby mesti balik dia akan jerit "adik!" dan akan cium adiknya..syukur walaupun dalam berhati2 khalisyah tak pernah lagi sakitkan adiknya..kelihatan seperti seorang kakak yang amat penyayang..lega hati mama..segala kerisauan di hati mama telah hilang..khalisyah tak kekurangan kasih mama..tapi makin bertambah..dan khalisyah menjadi seorang kakak yang penyayang..dan cepat matang..

Mama bahagia dikurniakan 2 orang puteri yang sangat comel dan bijak..khalisyah pun dah pandai bercakap walupun pelat.."Motor nak"..nak naik moto.."tutu nak" nak susu..'atat nak" nak diangkat..cakap terbalik..dan suke sgt menari..suke sangat mama tengok..budak aktif ni..dua-dua aktif..adik pun asyik bercakap dan ketawa..sayang anak-anak mama..kalau dikurniakan seorang lagi anak dan lelaki lagilah sempurna hidup mama..aku bersyukur padaMU Ya Allah..aku berasa bahagia menjadi seorang mama kepada Leeya Khalisyah dan Leeya Khairina binti Mohd Khairulsharil..

No comments: