Thursday, September 18, 2014

Bila dah jadi bandaraya..

Biasanya urusan beli makanan atau bungkus makanan adalah tugas en hubby saya. Dengan alasan, saya susah hendak keluar sebab anak2 pasti nak ikut smua jika saya keluar.  Semasa sampi ke negeri kelahiran saya, kami sepakat hendak bungkus nasi untuk makan tengahari sebab mak dan kakak saya telah ke rumah orang kenduri. Sejak arwah ayah meninggal, makan di rumah mak saya tidak mengikut masa kerana mak sarapan agak lewat dan makan tengahari pada waktu agak petang :) 

Jadi, suami pun berhentikan kereta di satu warung dalam kawasan kampung. Hubby belikan 2 nasi bungkus berlaukkan ikan keli. Hubby beritahu saya harga seekor ikan keli RM6. Mahalnye..sebab biasanya di Melaka harga seekor ikan keli hanya RM3 atau RM3.50. Fuh!! Pakcik saya yang kontraktor pun ada cerita barang2 pembinaan di Terengganu telah naik harga sebab sewa premis sudah tinggi.

Kalau bahan makanan pun mahal tak logik la sebab makanan adalah keperluan. Kalau di Kedah kita masih boleh makan tengahari dengan RM3.

Macamna kalau GST dah dilaksanakan nanti. Memangla industri makanan tak dikenakan GST tapi sumber2nya macamana? Duit bukanlah segala-galanya..tapi segala-galanya perlukan duit.

Wednesday, September 17, 2014

Balik Kampung

Yeay!!cuti sekolah tiba lagi..agenda wajib balik kampung ziarah bonda tercinta. Semalam bertolak jam 5 pagi, sampai kul 1 tgahari kat kampung. Alhamdulillah..mak sihat yelah sihat orang tua. Dapat makan minum dan solat alhamdulillah. 

Agenda hari ni..pagi tadi lepas budak2 bangun terus bawa main pasir kat pantai. Bawa anak-anak dah 2 sepupu diorang. Main pasir dalam setengah jam. 

Agenda anak-anak hari ini, main di rumah tok dengan sepupu diorang. Hiruk-piruk, bising sangat main nyorok2 kejar2. Sekali sekala dapat jumpa sepupu2.

Balik kampung ni bukan agenda jalan2 cari makan sebab saya dan suami biasa balik kampung untuk rehat. Encik suami lagile tido, bangun, makan, tido, bangun, makan hehe. Takpeh janji saya dapat jumpa kaum kerabat saya.

Thursday, August 28, 2014

Nak start balik..

Lama sangat tak update..saya rasa nak start balik la berblog ni..bukan nak cerita pasal orang tapi sebagai kenangan buat generasi saya yang akan datang..
Birthday ke 34 saya dah lepas..menandakan saya semakin matang dalam hidup..anniversary wedding pun dah ke 7..kalau kanak2 baru masuk darjah 1..masih banyak yang perlu dipertingkatkan..
Alhamdulillah..banyak2 syukur..anak2 saya Leeya Khalisyah, Leeya Khairina serta Leeya Khaisara membesar dengan sihat dan aktif. Kiranya tahun ni yang belum sambut hari lahir kakak je la..
Dalam masa tak sampai 2 bulan lagi rumah yang menjadi tempat berteduh, tempat kenangan cinta dan tempat anak2 melalui zaman baby dan awal kanak-kanak akan bertukar hak milik..suami saya bertegas nak jual rumah kami dan membina rumah sendiri..di mana?sudah dalam perancangan tetapi belum confirm..Saya? Dalam fikiran saya hanya kosong..terlalu sayang saya dengan rumah ini..tetapi jika ada yang lebih baik saya redha..saya cuma berkira-kira habiskan saat2 indah di rumah ini..
kehidupan saya sebagai ibu pula..saya rasakan makin baik..tiap-tiap hari sebolehnya saya masak..cuma bab lipat baju belum berjaya..tanyalah mak saya..dari dulu sy memang tak suka lipat baju..leceh..kat rumah saya ada 4 bakul baju belum berlipat..1 anak2 punya, 1 saya punya..suami semua pakaian dia saya gantung..2 lagi kecil ke..pakaian kecil saya,anak2 dan suami..
Banyak saya nak coretkan..hati saya kadang kosong..banyak yang saya fikirkan tapi saya tak tau nak selesaikan atau ceritakan kepada sesiapa pun..
dan berita baik saya..esok kakak, abang ipar dan emak saya akan datang ke Melaka..mungkin kali terakhir di rumah ini..ya Allah panjangkan dan sihatkan emak ku semoga dia dapat melihat tempat berteduh anak bongsunya nanti..