Thursday, September 18, 2014

Bila dah jadi bandaraya..

Biasanya urusan beli makanan atau bungkus makanan adalah tugas en hubby saya. Dengan alasan, saya susah hendak keluar sebab anak2 pasti nak ikut smua jika saya keluar.  Semasa sampi ke negeri kelahiran saya, kami sepakat hendak bungkus nasi untuk makan tengahari sebab mak dan kakak saya telah ke rumah orang kenduri. Sejak arwah ayah meninggal, makan di rumah mak saya tidak mengikut masa kerana mak sarapan agak lewat dan makan tengahari pada waktu agak petang :) 

Jadi, suami pun berhentikan kereta di satu warung dalam kawasan kampung. Hubby belikan 2 nasi bungkus berlaukkan ikan keli. Hubby beritahu saya harga seekor ikan keli RM6. Mahalnye..sebab biasanya di Melaka harga seekor ikan keli hanya RM3 atau RM3.50. Fuh!! Pakcik saya yang kontraktor pun ada cerita barang2 pembinaan di Terengganu telah naik harga sebab sewa premis sudah tinggi.

Kalau bahan makanan pun mahal tak logik la sebab makanan adalah keperluan. Kalau di Kedah kita masih boleh makan tengahari dengan RM3.

Macamna kalau GST dah dilaksanakan nanti. Memangla industri makanan tak dikenakan GST tapi sumber2nya macamana? Duit bukanlah segala-galanya..tapi segala-galanya perlukan duit.

No comments: