Wednesday, October 24, 2012

Khalisyah dah besar..











Dia lahir menjadi permata hati sulong kami 4 tahun yang lalu..11 September 2008 menjadi peristiwa ber'darah' bagi mama. Dia sungguh comel..bermata sepet seperti suamiku..muka pula persis anak cina..wajahnya sering menjadi tempat singgah ciuman mama dan apak. Hari berganti hari..dia makin membesar, makin cantik, makin bijak dan makin nakal (mengikut persepsi saya..ibunya)

Si Leeya Khalisyah ku akan ke sekolah tadika pada tahun hadapan. Mama teruja sangat-sangat..Khalisyah pun nampaknya sama. Bila lalu kawasan bakal sekolahnya selalu dia cakap nak gi school kakak.. Suami jelaskan tahun depanla..bulan 1 sekarang baru bulan 10. Tak taula dia faham apa hehe..

Mama rasa sedih sedikit.. dia akan bersekolah, akan lebih berdikari, akan sibuk dengan dunia sekolah nanti yang pasti mama akan sedikit jauh dari dia nanti. Mama sayangkan kakak..tapi rezeki keluarga kita 'mewah' dalam usia sekarang kakak ada dua adik..kakak jarang dapat bermanja dengan mama dengan apak..tapi kami bukan berhenti menyayangimu sayang. Mama dan apak selalu marah kakak.. sebab kakak masih juga kecil dan ingin bermanja. Tapi mama dan apak terpaksa dahulukan adik-adik. Maafkan mama sayang..mama tetap akan sayangkan kakak sampai bila-bila pun. Sampai masa kakak akan faham..Masa rasa sudah cukup keluarga kita. Mama akan tebus masa yang kakak tak dapat dulu. Kakak jangan malu bila mama cium kakak, peluk kakak. Sebab di hati mama..kakak tetap anak kecil mama. Kakak memanjat..mama tetap menjerit macam kakak masih berumur setahun..kakak minum air, mama masih risau tumpah.. kakak nak makan mama tetap nak suapkan.. Sampai kakak pernah cakap dengan mama..KAKAK DAH BESAR LA.. hati mama merintih..rindukan kakak yang kecil dahulu.. Kakak minta mama angkat..tapi mama tak larat dah..

Borang sekolah kakak mama dah isi, terlalu excited.. gambar yang cikgu sekolah kakak nak nanti petang mama pergi ambil kat kedai.. Kakak nak beg sekolah..nanti mama belikan. Kakak juga minta kasut baru..ya nanti mama belikan.. Alat tulis kakak pun mama dah belikan..

Mama takkan berhenti menyayangimu Leeya Khalisyah.. Kakak tetap baby mama..sampai bila-bila pun.

Thursday, October 18, 2012

Budak-budak sekarang..

Lama sangat2 tak update..ada terfikir nak update..tapi tak berkesempatan..

Saya nak ceritakan tentang gelagat anak-anak sekolah zaman sekarang.. Semalam, ada budak sekolah telah pecahkan cermin kereta belakang salah seorang pekerja sekolah saya. Aduh! dasyat sungguh perlakuan budak-budak sekarang. Zaman saya sekolah dulu jangankan nak pecahkan cermin kereta..nak main dekat dengan kereta cikgu atau staff sekolah pun takut. Tak kisah la jawapan budak tersebut tak sengaja ke..tapi kenapa main baling2 batu dekat dengan kereta ataupun kelas. Jika terkena tingkap kelas berkecailah tingkap tersebut. Marah? mestilah marah..kalau saya sekalipun mesti la marah. Cermin kereta buka sehinggit dua..Yang jadi mangsa pasti ibu bapa budak tersebut..gantilah..apa lagi..Memang boleh diganti..tapi apakah hukuman untuk budak tersebut?NONE..dan budak tersebut macam biasa je..sekarang NILAI pekerti sudah hampir hilang..takut saya..anak2 saya yang akan masuk sekolah 3,4 tahun lagi..

Dua hari lepas saya melalui sekolah menengah..kebetulan waktu balik. Depan pintu pagar sekolah tersebut ada bus-stop..nampak asap..saya pun intailah sebab kereta kena stop budak nak melintas..Budak merokok di depan pintu pagar sekolah..masya Allah..apa nak jadi ni..ni semua anak-anak Melayu..sedih saya tengok..kereta saya pun dapat bergerak perlahan-lahan..nampak seorang budak lelaki dan perempuan..berpimpin tangan depan pintu pagar sekolah..ish..apa ni? di khalayak ramai..guru-guru, kawan-kawan boleh pegang2 tangan..kalau jauh dari orang apa la mereka buat..Tak ingat Allah, ibu bapa...kesian..kesian..

Sungguh! saya risau sangat dengan anak-anak zaman sekarang..

Kisah budak-budak di taman saya pula. Pagi masa diorang keluar nak ke bus stop jalan penuh satu jalan..tak kisah belakang ada kereta ke..motor ke..waktu balik pun macam tu..tak hormat langsung pada orang yang lebih dewasa..pernah sekali saya hon je..tu pun takdelah terperanjat budak2 tu..jalan selamba je ke tepi nampak sangat memang diorang nak sangat orang honkan diorang..


Friday, August 17, 2012

Hari Raya

Lagi 2 hari je umat Islam akan menyambut raya..tanda berakhirnya ramadhan yang penuh barakah. Semoga bertemu lagi dengan ramadhan tahun hadapan.

Teringat raya-raya dulu. Di kampung saya hari raya tiada rendang or ketupat nasi. Ada ketupat palas, lemang dan selalu orang akan masak nasi dagang atau nasi minyak. Saya dan kakak saya tak makan nasi  dagang..jadi emak akan asingkan untuk kami sikit sebelum letak halba, halia dan macam2 rempah dalam nasi tu..jadi kami berdua makan nasi lemak kukus. Di kampung saya kami beraya secara sederhana sahaja..sebab kampung saya kebanyakan penduduk kelas sederhana sahaja. Sekarang suasana dah berubah..anak-anak dah besar jadi ekonomi keluarga juga dah berubah. Semakin senang..dan ramai juga telah kahwin dengan orang 'luar'..percampuran ini telah memeriahkan lagi suasana raya di kampung saya..menu hari raya pun makin banyak.. Adala soto, lontong dan sebagainya..nasi dagang tetap tak dilupakan..

Raya di tempat suami saya pula, pagi-pagi dalam pukul 6.30 pagi kami dah keluar. Menziarah orang tua yang tinggal. Wan dan aki dah takde (saya tak kenal pun) jadi kami akan menziarah tok-tok sedara yang masih ada, pakcik2 dan makcik2. Lepas tu kami akan bersarapan biasanya juadah yang ada rendang, kuah kacang, kuah lodeh, daging masak kicap, sambal sotong di makan bersama ketupat dan lemang. Kemudian kaum adam dan hawa yang tiada kekangan akan pergi solat raya. Selepas itu baru menziarah sedara yang jauh sikit dan jiran-jiran.

Raya saya setiap tahun di kampung suami dahulu. Kemudian subuh2 pagi raya kedua kami akan balik ke kampung saya. Walaupun camtu saya tak pernah gaduh dengan suami sebabnya..dia hanya minta hari raya pertama je. Bila fikir balik apa salahnya saya berkorban sebab kami boleh beraya 4,5 hari di kampung saya pula.. Yang penting balik menziarah dan memohon maaf dengan keluarga dan sahabat handai..bukannya raya ke dua ke tiga. Ada pasangan sampai bermasam muka sesama sendiri sebab bergaduh nak balik raya.Tak patutlah..

Anak-anak saya pun makin faham raya..kena ada baju dan kasut baru ahaks hehe..dan jalan2 dapat duit raya..insya allah tahun depan si sulong Khalisyah akan faham kena berpuasa di bulan ramadhan..

Selamat Hari Raya semua..maaf dipinta.


Sunday, August 12, 2012

Cabaran BF

Alhamdulillah..berkat doa dan kesungguhan yang sangat2 dari diri sendiri..saya telah berjaya menyusukan Leeya Khaisara dengan susu badan walaupun tak eksklusif selama hampir setahun 4 bulan dah..Waktu kerja yang biasanya pukul 3 dah bersama anak-anak saya rasa banyak juga masa Sara boleh BF. Dulu sebab cetek ilmu dan tiada sokongan dari orang sekeliling saya tak berjaya susukan anak pertama dan kedua saya. Walaupun pelbagai cabaran saya kena tempuh..ada masa menitik darah dari nipple yang luka. Saya kira nipple saya agak sensitif sebab dulu pun selalu gak melecet.

Saya pula agak agresif hehe..berpusing-pusing masa tgh menyusu menyebabkan nipple cepat luka. Ada satu masa tu dalam umur dia 8 or 9 bulan luka teruk nipple saya. Letak losyen dari Medela apa ntah nama lupa tapi tak ok gak. Time pakai bra pedihnya..time dia menyusu lagi la..keras kejang badan saya bila nak start nyusu sebab tau betapa sakit dan pedihnya hehe. Menitik air mata pun ada..tapi alhamdulillah semangat saya kuat. Saya teruskan..bila Sara dah dapat susu ritma nyusu dia pun stabil la..tak tahan kalau dia tarik nipple tu. Bergaduh pun ada. Bila ada gigi lagila dia gigit. Saya pura2 merajuk tak bagi..mula la dia merengek dengan muka manja ngada2 hehe..comel sungguh..

Kakak Khalisyah pula sekarang banyak buat hal sendiri. Kurang nak main ngan adik2 dia. Nina lak suka layan Sara..tapi Sara suka sangat tarik rambut Kak Ngah..budak bertiga ni kalau Ok..ok sangat2 kalau gaduh mama dan apak GERAM sangat2..Apa2 pun kamu bertiga lah kesayangan mama dan apak ye ke?bukan kete oren apak lagi sayang hehe

Monday, July 30, 2012

Apa salah mereka??

Tolonglah cerita dengan mama..apa salah mereka? kenapa buat mereka camtu?

Kakak dan Kak Ngah..kenapa ikat mereka kat kerusi camtu?

Nilah hasil kreativiti anak-anak hehe. Diikatnya Pooh dua ekor ni kat kerusi hehe




Bila Leeya Khaisara demam

Khamis lepas, saya telah apply cuti rehat bagi menyempurnakan beberapa kerja. Tup tup malam sebelum tu badan Sara dah suam-suam, tidur pun asyik merengek-rengek. Saya pun bawalah dia tidur di bilik lain sebab risau kakak-kakak dia terjaga.

Bila time bangun sahur badan dia dah panas sangat.. Hubby keluar gi seven 11 belikan cool fever lagi. yang dalam stok dah habis. bagi dia makan paracetamol..kemudian dia tidur balik. Dalam hati terdetik gak..ish baby ni, elok mama apply cuti dia lak demam hehe.

Pagi-pagi hantar dia rumah pengasuh gak, sebab saya memang ada appoiment yang susah nak dielakkan. Ingatkan lepas habis urusan tu nak gi shopping raya tapi tak dapat la.

Tapi kuat betul penangan demam Sara. Dia tak nak diletak pun..makan pun tak nak. main pun tak nak. Asyik merengek je. Melalak pun ada. Time dia melalak saya perhatikan dalam mulut dia kot-kot ada ulser. Rupanya gusi dia merah sebab nak tumbuh gigi ke 3. Sara ni awek muda tau dah setahun 3 bln baru nak tumbuh 3 gigi. Berjalan pun belum..tapi asyik nak orang pegang tangan dia untuk bertatih. Tapi bila dia demam, saya sebagai mama sangat kesian dengan dia asyik menangis je..Nak dukung. Dah tu ada masa dia mengamuk bila saya dukung. Nak apak pulak..hurm..

Hari ni..alhamdulillah badan dia dah tak panas. Gigi pun dah keluar. Tapi dia tetap belum selesa dan nak merengek lagi. Sara sayang..kalau badan awak tu kecil takpe..Ni tembam lenguh mama ngan apak tau.hehe

Nilah rupa budak demam tu..baring elok je..kalu tak jangan harap dia nak baring camni hehe


Nilah rupa kalau dia sihat hehe

Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan ke 4

Alhamdulillah. Hari ni hari ke 4 umat Islam berpuasa. Telah selamat berpuasa 3 hari dan bersahur 3 hari. Tapi hari ini jeng..jeng..jeng.. saya terjaga pukul 5.10 pagi..aiseh..sejak 4 thn lepas memang saya bangun masak pagi2..tiba-tiba pagi tadi tak terjaga disebabkan saya telah delete alarm setting kat henpone..ayoo..

Saya minta la en hubby masak nasi..tapi beliau cakap dah tak sempat la..so dia decide makan meggi je..huahua..ok la untuk alas perut..meggi pun simple je ada telur dan cuttllefish ball je hehe..

Selamat Berpuasa rakan-rakan..hari ni kena set balik alarm kat henpone tu. hehe

Monday, July 23, 2012

Selamat Hari Lahir dan Selamat Ramadhan

Alhamdulillah..hari lahir ke 32 saya jatuh pada hari yang sama umat Islam Malaysia menyambut 1 Ramadhan. Terharu dengan en hubby yang beria pergi cari udang dan ikan untuk dibakar masa berbuka puasa. Berpeluh-peluh dia bakar ikan dan ayam petang tu. Hadiah belum dapat..hehe. Dia tanya saya nak apa? Apa lagi yang saya nak dalam hidup ini..dikurniakan suami yang baik seperti dia dan mendapat anak-anak yang sihat lagi comel telah melengkapkan hidup saya. Saya cuma berdoa agar kebahagiaan saya ini akan bertambah bila si gadis 3 orang itu membesar menjadi anak yang solehah dan mendengar kata baik pekerti dan molek segalanya. Besarnya harapan seorang ibu. Juga berdoa semoga suami yang sangat  ringan tulang dan penyayang ini akan sentiasa bersama saya. 

Bila bergurau-gurau dengan hubby. Saya selalu cakap..Kalau boleh biarlah syg mati dulu. Dia mesti cakap apa yang mengarut ni. Saya mesti jawab..saya tak sanggup melihat dia yang 'pergi' dulu..jadi biarlah saya yang 'pergi' dulu. Itu gurauan sahaja. Sebagai hamba Allah. Kita berpegang kepada Qada' dan Qadar..

Semoga Ramadahan kali ini akan memberi jutaan rahmat kepada semua umat Islam.

Happy Birthday Myself

Monday, July 16, 2012

PProjek Baru

Hari ni gian mengupdate blog lak hehe..Bila dikenang-kenang, rupanya saya ni memang minat menjahit..tapi menjahit tangan je. Contohnya masa form 3 untuk subjek KHB..saya beriya jahit ala-ala quilt untuk sarung tabung duit saya..dan beriya-iya hias beg dengan gambar gunakan jahitan lilit ubi untuk projek form 1 or form 2..

Pernah juga jahit manik2 kat baju dulu..nak tempah mahal. So jahit sendiri puas hati walaupun tak cantik. 2 tahun lepas pun jahit-jahit manik dengan Puan Sephia..sekarang dia pindah baru jupe partner baru Puan Linda lak dan Puan Kak Zah hehe. Berjaya kami menjeleskan Puan Kak Zah hingga Puan Kak Zah keluar bersama-sama untuk membeli bahan-bahan projek hehe.

Antara projek yang dah siap..jeng jeng jeng


 Gubahan bunga rumah saya oleh Puan Kak Zah dgn bantuan Lady M dan Puan Linda hehe


 Baju Kurung with accessories for my 3 lils


Baju mama yang baru 1/5 way hehe


Itulah kerja saya bagi merelease tension..

Bismillahirrahmanirrahim...
Ya Allah berkurun tak update blog ini..macam nak deactivate je..camne ek?


Banyak dah ceritera belum diupdate. Lagi seminggu nak puasa dah. Anak ke tiga pun dah setahun 2 bulan. Khaisara si kecik becok tu pun tak dapat berjalan lagi. Mama dan apak dah penat dukung  berharap dia dapat berjalan raya ni. Takkan dah pakai baju raya cantik-cantik tak dapat jalan hehe.

Cerita yang nak di update. Urm..adik x-meja sebelah saya telah bersalin anak boy..Baby Nuha yang sgt cute mcm ibunya..

Lagi cerita.. persiapan raya untuk anak-anak telah beres..cuma ingat nak tambah lagi sepasang dua baju untuk tukar-tukar. Baju kurung diorang pun dah siap saya jahitkan aksesori hehe.. Baju kurung mama lak dalam proses..Baju melayu mr hubby masih di tailor. Nak belikan dia kemeja or shirt. Juga tudung dan blouse untuk saya hehe. Haipppp!! mama..puasa not begin yet. U are talking about the raya hehe

Lagi cerita. Suasana di tempat kerja sekarang..Tak berapa nak okey. Saya nak apply tukar hujung tahun ini. Kerana saya tah lama di sini. Jadi saya harus tukar suasana tempat kerja.

Banyak yang hendak dicoretkan. Nanti saya sambung lagi.

Babai blog sayang 

Tuesday, April 24, 2012

Cars





Assalamualaikum.. entry kali ni nak cerita pasal cars. Bukan movie cars tu. Tapi cars yang pernah saya miliki dan pandu. Siapa yang kenal suami saya pasti akan tau betapa suami saya suka cars and accessories. Kalau kat jalan nampak je kereta semua dia tau nama. Siap tau tahun bila production..oh my hubby. Kadang saya pun rasa geram je. Tapi dah namanya suami kita mesti dari sisi kita tetap sokong hehe.


Tengok je la pictures dari Google..cars yang pernah kami miliki dan drive. Tapi kami tak miliki semuanya..cuma tukar-tukar. Berapa dah RM kitorang rugi ek.. ;)




Monday, April 2, 2012

Pakaian lelaki

Selalu kita baca orang bercakap mengenai hukum pakaian wanita. Bagaimana pakaian lelaki? Sekarang ramai saya tengok orang lelaki memakai rantai ataupun gelang tangan.
Pertama, pakaian lelaki WAJIB tidak menyerupai wanita. Iaitu emas dan sutera HARAM bagi lelaki.
Kedua, HARAM memakai gelang atau rantai bagi lelaki. Kecuali dengan tujuan perubatan dan mestilah sahih gelang atau rantai tersebut mempunyai ubat. Kalau pakai rantai untuk gantung kunci or handphone mestilah tak boleh kan..

Wallahu 'alam.


Sunday, April 1, 2012

Saya suka jalan-jalan..





Saya sangat suka kalau aktiviti berjalan-jalan. Tak kira la ke shopping complex ke pantai ke..cuma tak berapa suka kalau ke rumah orang..jika ada jemputan saya pergi gak..sebabnya risau anak-anak kecil saya sepahkan rumah orang :)
Bila tiba je weken..dalam otak saya macam-macam tempat nak gi..mula la bagi cadangan kat hubby..ada gak cadangan saya direjek je :) Walaupun macam-macam tempat ada dalam otak tapi tempat yang kitorang pergi kalu weken 2 je..satu Jusco Ayer Keroh bukan untuk shopping tapi gi makan dan bawak budak2 main kat playland..dua Giant Bachang juga bukan untuk shopping.. Aktiviti shopping jarang sekali kerana kami berdua amatlah 'kedekut' untuk diri sendiri..kalau ada pun saya yang beli barang2 anak..or hubby beli mainan anak2..or sedikit barang dapur :)
Weken ni sekolah hubby buat Family Day kat Bayu Beach Resort,PD. Saya teramatlah suka sebab dapat berjalan. Sape lagi suka? Anak-anakla sebab ada swimming pool dan dapat main pasir. Sampai je bilik kitorang budak2 dah nampak ada bath tub dalam bilik..Apa lagi diorang pun nak berendam la :)
Sebenarnya nak cerita pasal Khalisyah..masa kecik dulu sangat tak suka pasir pantai dan sangat takut pantai. Ingat lagi dia nangis sebab hubby mandi laut..agaknya dia takut sebab apak dia dah tak kelihatan :) Dia juga tak nak pijak pasir pantai dulu. Tapi kali ni main pasir tak ingat..saya lak terlupa nak bawak barang2 dia untuk korek pasir.. Khairina pun excited..Khaisara lagi la..si cilik ni sampai merangkak atas pasir :) Nina lak main pasir cuma nak jalan tu ada takut sikit..
Seronok sangat weken kali ni..dapat bawak anak2 dapat satu pengalaman baru..

Tuesday, March 27, 2012

Belajar rajin-rajin nak


Assalamualaikum..

Hari ini saya nak cerita tentang apa yang saya tengok pagi tadi. Saya bertugas menjaga pagar belakang kawasan sekolah pada waktu pagi dan balik. Ceritanya begini..

Pagi tadi saya ke pagar pada pukul 7.15 pagi. Macam-macam gelagat ibu bapa dan penjaga serta anak-anak. Dan macam-macam kenderaan yang ada..ada kereta besar, sederhana, kecil dan juga motosikal..baru buruk semua ada..

Daripada pemerhatian saya, ibu bapa tersebut mencium dan menyalami anak-anak mereka dengan 1 pesanan "BELAJAR RAJIN-RAJIN NAK.." walaupun ibu atau bapa tersebut hanyalah tukang sapu, tukang kebun yang buta huruf ataupun manager yang berpoket tebal..harapan dan impian mereka pada anak-anak tetap sama. Bergenang sebentar air mata saya.. teringat kat emak yang sudah uzur di kampung serta allahyarham Hamzah bin Abu Bakar iaitu ayah saya. Saya rindukan mereka.

Monday, March 19, 2012

Kesibukan..

Assalamualaikum,

Minggu lepas cuti sekolah seminggu, tetapi saya, suami dan anak-anak hanya duduk di rumah kerana budak2 semua demam, selsema dan batuk. Sorang baik sorang sambung..dan hari ni saya pulak rasa macam nak demam.

Kesian saya dan mak saya sebab cuti tak dapat balik melawat dia. Insya allah cuti bln 5 nanti dapat balik kampung. Minggu sebelum cuti saya berkursus 3 hari dan cuti rehat jaga Khaisara sehari. Minggu ni pula bawa murid ke kejohanan olahraga pula juga selama 3 hari kalau nasib baik 4 hari. Kesian anak-anak murid saya. Bukan taknak digantikan orang lain tapi kebanyakan cikgu sekolah saya memang SIBUK memanjang. Semoga BARAKAH la kerja-kerja kami.

Sunday, March 18, 2012

Catatan sedih..

Al-fatihah buat bayi kawan sekerja saya yang berumur 3 bln yang telah meninggal dunia semalam 17 mac akibat penyakit SMA.

Terbayang-bayang lagi wajah allahyarham masa saya melawat dia sebulan lepas.. Seksa allahyarham semasa menyedut susu ibunya dan seksa allahyarham semasa menarik dan menghembus nafas. Juga tangisan allahyarham yang amat lemah dan perlahan.

Allah terlalu menyayangimu Irman. Syurgalah tempatmu sayang.

Tuesday, March 6, 2012

Lama tak update..

Assalamualaikum..
Macamana saya nak lagi seorang blogger yang aktif? Dah berbulan-bulan takde entry..

Saya rasa sunyi..rindukan kawan saya :)

Wednesday, January 11, 2012

Anak-anak tahun 2012

Sekarang dah masuk minggu ke dua persekolahan, walaupun minggu pertama hanya 3 hari sekolah. Saya tetap jadi guru kelas anak-anak paling kecil dalam aliran perdana iaitu anak-anak tahun 1. Tahun ni anak-anak tahun 1 yang ada di sekolah saya seramai 84 orang. Purata sekelas seramai 28 orang.

Perihal anak tahun ni berani - takde pun yang nangis melalak. Nangis sikit je. Sekarang dah ok biasa la cikgu minggi transisi ni 'baik2' lagi hihi.

Mulut pun banyak dan agak la aktif. Nakal biasa la dah nama budak2. Tapi mulut diorang punya la bising. Bagi saya yang lelaki lagi bising dari yang perempuan. Selalu orang perempuan yang banyak mulut hihi

Ada juga seorang yang istimewa. Cikgu pendidikan khas sekolah saya cakap budak tu autisme. Dia suka sangat dengan kipas. Ada suatu hari ustazah bagi kertas suruh tulis huruf-huruf jawi..dia pun lukis la kipas kat satu bahagian kertas tu. Mungkin tak lama lagi budak tu kena masuk aliran khas. Sebab dalam aliran perdana saya rasa agak susah untuk mengawal dia yang selalu 'hilangkan' diri. Budak ni suka tenung kipas yang berpusing dan statik. Dan yang senangnye kalau keluar dari kelas dah ada orang yang akan tutup suis kipas, so orang lain tak payah susah-susah2 hehe

Budak-budak mudah sangat berkawan kan. Diorang semua macam satu team walaupun dari kelas yang berlainan.




Monday, January 2, 2012

Tahun Baru 2012

Tahun baru 2012 kami di AnCasa PD..

Azam tahun baru saya perbaiki diri lebih baik dari tahun sudah dalam segala segi..

Selamat Tahun Baru kawan-kawan.