Friday, August 17, 2012

Hari Raya

Lagi 2 hari je umat Islam akan menyambut raya..tanda berakhirnya ramadhan yang penuh barakah. Semoga bertemu lagi dengan ramadhan tahun hadapan.

Teringat raya-raya dulu. Di kampung saya hari raya tiada rendang or ketupat nasi. Ada ketupat palas, lemang dan selalu orang akan masak nasi dagang atau nasi minyak. Saya dan kakak saya tak makan nasi  dagang..jadi emak akan asingkan untuk kami sikit sebelum letak halba, halia dan macam2 rempah dalam nasi tu..jadi kami berdua makan nasi lemak kukus. Di kampung saya kami beraya secara sederhana sahaja..sebab kampung saya kebanyakan penduduk kelas sederhana sahaja. Sekarang suasana dah berubah..anak-anak dah besar jadi ekonomi keluarga juga dah berubah. Semakin senang..dan ramai juga telah kahwin dengan orang 'luar'..percampuran ini telah memeriahkan lagi suasana raya di kampung saya..menu hari raya pun makin banyak.. Adala soto, lontong dan sebagainya..nasi dagang tetap tak dilupakan..

Raya di tempat suami saya pula, pagi-pagi dalam pukul 6.30 pagi kami dah keluar. Menziarah orang tua yang tinggal. Wan dan aki dah takde (saya tak kenal pun) jadi kami akan menziarah tok-tok sedara yang masih ada, pakcik2 dan makcik2. Lepas tu kami akan bersarapan biasanya juadah yang ada rendang, kuah kacang, kuah lodeh, daging masak kicap, sambal sotong di makan bersama ketupat dan lemang. Kemudian kaum adam dan hawa yang tiada kekangan akan pergi solat raya. Selepas itu baru menziarah sedara yang jauh sikit dan jiran-jiran.

Raya saya setiap tahun di kampung suami dahulu. Kemudian subuh2 pagi raya kedua kami akan balik ke kampung saya. Walaupun camtu saya tak pernah gaduh dengan suami sebabnya..dia hanya minta hari raya pertama je. Bila fikir balik apa salahnya saya berkorban sebab kami boleh beraya 4,5 hari di kampung saya pula.. Yang penting balik menziarah dan memohon maaf dengan keluarga dan sahabat handai..bukannya raya ke dua ke tiga. Ada pasangan sampai bermasam muka sesama sendiri sebab bergaduh nak balik raya.Tak patutlah..

Anak-anak saya pun makin faham raya..kena ada baju dan kasut baru ahaks hehe..dan jalan2 dapat duit raya..insya allah tahun depan si sulong Khalisyah akan faham kena berpuasa di bulan ramadhan..

Selamat Hari Raya semua..maaf dipinta.


No comments: