Saturday, May 15, 2010

Selamat Hari Guru..

Sambutn Hari Guru tahun 1996..jelas sangat dalam ingatan..mase tu aku dalam tingkatan 4..hari sambutan Hari Guru peringkat sekolah..dewan sekolah aku jenis kelas2 yang boleh bukak tu..ke sambutan ni buat kat kantin? aku lupa kat mane tapi peristiwa yang berlaku pada hari itu masih jelas di ingatan..semua murid berkumpul..mase tu langsung takde dalam hati nak buat cikgu gembira mase hari guru..yang aku tau kami sekelas kumpul duit pastu beli hadiah untuk cikgu..bukannya aku bodoh tak tau makne hari guru..kalu bodoh aku taklah berada di sekolah itu (psst sek aku top gakla hehe)..Bila majlis dah hampir dua jam berjalan..cikgu pun dah nyanyi lagu Kami Guru Malaysia..aku and gang..yang aku ingat Adib, Nani Kecik, Sofia, Ida..sape lagi menyelinap dan balik ke kelas..kelas 4 Abu Dzar..betul tak ek?nape byk benda aku dah lupe..tiba2 nampak Ustaz Mad datang dan bawak tongkat..kami ape lagi..berpecah dua tiga kumpulan dan berlari..selamatkan diri..kesian ustaz dahla mase tu bertongkat sebab kaki sakit..ada yang lari ke atas..aku dan sape ek..gi bilik seni ke ape kat bangunan belakang tu..tergelak kami ingatkan peristiwa itu..setelah hampir 10 tahun..murid yang pernah kena kejar mase Hari Guru itu telah bergelar seorang Guru..

Mase kat maktab..tiap kali perhimpunan rasmi mesti nyanyi lagu Kami Guru Malaysia..time tu meremang bulu romaku..kerana berasa beratnye tugas yang terpikul di bahuku..berasa semangat guru yang berkobar2 dalam hati..lagu itulah yang manjadi siulan ku..setelah di posting..hanya 2 atau 3 kali setahun lagu tu dinyanyikan.hanya pada Hari Guru dan mase rehearsal untuk hari guru..

Jenuh cikgu2 (gelaran bagi lecturer kat maktab) membasuh dan menanam minda kami agar menjadi guru..mase tl barulah aku tau..guru bukanlah kerja yang senang seperti tanggapan aku dulu..kerja yang balik awal huhu..sekarang takde makne nya nak balik awal..boleh balik awal tapi raselah bebanan kerja yang takkan siap..mase aku keje kat bank kejap..walaupun balik kul 7 or 8 malam tapi balik keja haritu semua dah beres..keje cikgu keje tak pernah habislah..ade aje kerja yang nak dibuat..

Sambutan Hari Guru tahun 2010 merupakan tahun ke lima aku menyambut Hari Guru sepanjang aku bergelar guru..sudah 5 tahun..anak murid pertamaku dah masuk ke sekolah menengah pun..tapi kalau mereka terserempak dengan aku adakah mereka akan menegurku..menyelami dan menciumku seperti yang aku lakukan pada teacher Noraziah (guru kelasku mase form 5)..mungkin ya atau tidak..aku hanya rasekan mereka akan melarikan diri dariku atau sekadar menjeling dari jauh..mungkin mereka juga beranggapan seperti majikanku seorang itu yang mngatakan guru tahap satu takdelah bermakna sangat..ya aku hanyalah guru tahap satu yang hanya mengenalkan kepada mereka sedikit ilmu pada permulaan sekolah mereka..aku tidak mengajar mereka pada tahun peperiksaan mereka..tapi adakah jasa aku tidak harus diingati..aku tidak minta dihargai..cuma akau harapkan takdelah yang cakap guru tahap satu tak barmakna sangat..

Takpelah..yang pasti aku jujur dan ikhlas..dan pening kepalaku setiap kali nak buat anak murid tahap satuku ingat dan paham apa yang aku ajar..agar guru tahap dua tak mengatakan apaelah cikgu tahap satu awak ajar dulu ek???

Akulah guru..lagi 26 tahun tempoh perkhidmatanku..harapnya aku akan dihargai jua suatu hari nanti walupun aku kekal sebagai guru TAHAP SATU..agak emosional??mungkin...

No comments: