Friday, December 30, 2011
Ombak rindu
Wednesday, December 28, 2011
Saya perlukan spek baru

Tuesday, December 27, 2011
Mesyuarat Pertama
Sunday, December 25, 2011
Hoorey-hoorey
Friday, November 25, 2011
Masuk Wad
Friday, November 18, 2011
18 November 2011..Hari terakhir persekolahan 2011
Tuesday, November 15, 2011
Kesian budak-budak itu
Sunday, November 13, 2011
Hari-hari terakhir persekolahan sesi ini
Friday, November 11, 2011
Panggilan untuk suami..

Monday, September 26, 2011
Anak ko asyik tengok tv je..
Monday, September 19, 2011
Nina..Nina..
Inilah budak kecik banyak kerja tu..Nak bergambar pun susah ;)
Hari ni saya nak tulis mengenai anak kedua saya. LEEYA KHAIRINA BT MOHD KHAIRULSHARIL yang dipanggil adik oleh kami dan kadang-kadang kak ngah dan selalunya Nina. Nina lahir pada 10 Februari 2010. Amat mudah untuk melahirkan anak kedua ini. Berat dia pula berbanding kakak dan adiknya paling ringan iaitu 3.2kg je. Kak Long 3.7kg dan baby 3.9kg. Semasa dilahirkan Mata Nina dah terbuka. Tak macam kakak yang hanya sebelah buka dan sepet aje ;). Sara masa lahir pun terbuka mata. Dalam usia dia 1 thn 7 bln ni Nina adalah anak yang amat aktif. Mulut dia juga ringan. Cepat dapat bercakap. Tetapi masa umur setahun baru giginya tumbuh. Masa injection setahun setengah pun dia tak demam.
Hehe bercerita tentang Nina mesti saya rasa nak senyum je.. Dia ni aktif sangat. Masa kak long usia sepertinya kak long boleh bertahan di depan tv tengok cerita kartun. Tapi Nina tak dapat duduk diam lebih dari seminit pun..Ada aje aktiviti dia.
Patut la ramai orang tua cakap anak kedua memang camtu. Agaknya hubby dulu pun camtu. Dia cool je..cousin dia kacau pun dia buat dek je..takde nangis atau lawan. Semalam, saya tidurkan baby dalam bilik. Hubby lak terlelap depan tv. Kak Long tengok Baby TV..saya cari Nina. Eh dalam bilik mainan takde. Bilik lain pintu bertutup. Dia belum sampai nak buka pintu sendiri. Bilik air memang tertutup je.. Saya cari dia bawah ampaian..kadang-kadang dia suka duk bawah aampai J. Eh mana si Nina ni..tup-tup ada dalam bilik dekat mesin basuh tengah main air yang saya tadah sebab paip air leaking. Ya Allah Nina..kak long tak pernah main semua ni. Hehe.. Kak long macam penggeli orangnya..takkan keluar tanpa selipar tapi Nina tak kisah. Hubby cerita semalam kat umah mak mertua Nina main cabut rumput dan dia hambur pasir. Nina..Nina..saya bukan nak bandingkan dia. Bukan nak cakap kak long baik Nina tak baik. Tapi kelakar gelagat anak-anak. Bab kata pepatah.. Dalam setandan pisang macam-macam rupa bentuknya. Hehe..
Saya dah..
Tuesday, September 13, 2011
UPSR 2011
Monday, August 15, 2011
Sudah 15 Ramadhan
Wednesday, July 13, 2011
Pusat Khaisara dah baik..
Monday, June 20, 2011
Selamat Hari Apak :)
Tuesday, June 14, 2011
Kakak kecik lagi..
Ceritaku
Thursday, June 2, 2011
Saya di dalam pantang
Sunday, April 24, 2011
Cinta kami lagi..
Wednesday, April 20, 2011
Cinta Kami..
Tetiba saya rasa macam nak sangat tulis mengenai insan yang paling saya cintai dan bagaimana kami jumpa. Dia adalah teman serumah saya @ teman sebilik @ teman suka dan duka..dan dia adalah SUAMI saya..Mohd Khairulsharil bin Minhad. Saya kenal dia tak lama, tapi saya macam cepat sangat ngam dengan dia. Mungkin sebab dia suka sangat bercakap.. dan saya suka sangat mendengar dia bercakap. Walaupun kadang-kadang bahasa dia agak kasar hehe..
Saya kenal dia masa saya sambung KPLI selama setahun di MPTI, JB. Tapi disebabkan ada sedikit masalah saya memang
Sampai masa kami praktikal. Kami ada keluar berdua beberapa kali. Walaupun kekadang saya sedar dia cuma anggap saya sebagai kawan biasa.. Tapi saya tak kisah, asalkan dapat keluar berdua. Masa besday saya, dia ajak saya keluar raikan. Makan-makan dan tengok wayang dan dapat hadiah dari dia. Taklah mahal tapi saya masih ingat apa dia cakap pada sales girl yang jual barang tu.."senang saya nak tau kehadiran dia dengan benda ni..sekarang saya ikat kaki dia mana tau nanti saya dapat ikat hati dia"..dia belikan gelang kaki untuk saya..Dia bukan lelaki romantik dan mungkin kata-kata dia hanya gurauan tapi tetap membuatkan hati saya berbunga.
Dia juga pernah berkata supaya saya jangan menyimpan harapan pada dia..Bila berakhir tempoh praktikal..kami kembali ke MPTI dan suasana berubah. Saya selalu nampak dia bersama si dia. Dia pernah buat sticker nama dia dan si dia di keretanya. Saya pula menjauhkan diri dari dia. Tak nak terlalu berharap. Saya dan dia tidak pernah berjanji apa-apa. Tapi kami saling faham apa yang ada di hati. Dia suka saya, tapi saya macam terlambat hadir.
Saya tidak menghubungi dia lagi.. Tetapi ada gambar kenangan kami yang dapat mengubat rindu saya pada teman saya itu. Saya bukan saja kehilangan orang yang saya sayang tapi juga seorang teman rapat. Saya kuatkan hati..Bulan 11 merupakan cuti akhir kami. Dan dalam hati saya juga merasakan setakat itu aje persahabatan kami. Hinggalah dia telefon saya pada suatu hari. Kerana rindukan seorang teman.. saya bersahabat kembali dengan dia. Melayan SMS dia dan
Bulan 1 kami posting. Saya dapat posting di Selangor dan dia di Melaka negeri kelahirannya. Kami pernah beberapa kali plan nak jumpa tapi disebabkan kesibukan terpaksa ditangguhkan. Akhirnya pada cuti sebelum Raya Haji, kami berjumpa di KL. Saya tak balik kampong kerana mak dan arwah ayah berada di Tanah Suci. Kami berjumpa dan bercerita seperti tidak pernah ada apa-apa yang berlaku. Sampai masa kami berpisah. Sejak itu, dia seperti seakan
Hubungan kami direstui kedua keluarga dan kami mengikat tali pertunangan pada akhir 2006. 18 Ogos 2007 kami dinikahkan. Beberapa bulan berjauhan. Akhirnya kami dapat hidup bersama. Saya bahagia di sisinya. Kekadang bertikam lidah, terguris hati..itu adalah asam garam pasangan suami isteri. Dikurniakan dua puteri lagi menyerikan rumah tangga kami. Dan kini, menanti kelahiran anak ke tiga kami. Cinta saya pada dia masih kuat macam dulu. Seperti saya jatuh cinta pandang pertama padanya. Walaupun telah hamper 4 tahun berkahwin, saya tetap rindukan dia jika dia tiada di sisi. Saya
Monday, April 18, 2011
Hari Kantin yang meriah..
Wednesday, April 13, 2011
Esok..
Saturday, April 2, 2011
Kuatkan fizikal dan mentalku..Ya Allah
Thursday, March 24, 2011
Persiapan untuk bersalin
Wednesday, March 23, 2011
Persiapan kelahiran
Thursday, March 10, 2011
Agresifnya mama..
Tuesday, March 8, 2011
Kenapa menangis sayang?
Sunday, March 6, 2011
Mama Sayang Kakak..
Saturday, March 5, 2011
Testing my new toy..
Monday, February 21, 2011
Banyak keje tertangguh..
Thursday, February 17, 2011
Tanpamu..
Leeya Khairina 1 year
- Gigi belum tumbuh lagi la sayang..tapi gusi dah bengkak..mama macam dah nampak ada bayang2 gigi nak tumbuh
- Berjalan pun belum..mama tak risau sangat coz kak long jalan pun umur setahun 2 bulan..sabar ye sayang..tiba masanya Nina akan berjalan k..
- Kartun feberet..sama macam kak long dulu..Mickey Mouse Club House..hehe
- Pantang tengok suami mama jalan ke pintu dia akan jerit minta didukung..ish2
- Tido malam selalu terganggu la si Nina ni..konfius mama..kadang setiap 1 jam dia jaga..mcm baby..apsal ek?
- Joget..mcm kak long gak..pantang dengar lagu or muzik dia akan goyang2 hehe
- Terbaru..kalau tak dapat apa yang dia nak..dia ketuk kepala sendiri hihi
Wednesday, February 2, 2011
Tidak sihat..
Monday, January 31, 2011
Rezeki Dari Allah..
Saturday, January 29, 2011
Dah tua-tua pn tak paham lagi..
