Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin..


Lama jugak saya tak post sebarang entry..bukan dah retired tapi tak berpeluang..sedikit bz dengan urusan duniawi hehe..


Hari ni dah 29 Ramadhan..kiranya lagi sehari sebelum bulan Syawal..bulan yang dinantikan oleh kanak2..sebab dapat duit raya hehe..ada sebahagian orang dewasa suka Hari Raya sebab dapat cuti lama dan balik kampung..ada yang sedih sebab bulan penuh keberkatan dah berakhir..sedih andai umur tidak panjang untuk ketemu bulan itu lagi di tahun hadapan..ada yang tak suka sebab banyak duit akan habis..hehe..bagi saya..saya suka hari raya sebab tanda saya dah berjaya habiskan puasa ramadhan(walaupun tak cukup)..tanda kemerdekaan kerana berjaya melawan nafsu..suka sebab dapat balik kampung..dapat makan best2..dapat buat open house dan kawan2 datang rumah..walaupun duit banyak habis..tapi takpelah raya cuma sekali setahun..itulah masa kita bersedekah untuk kanak2 dan org2 tua..beli saham untuk akhirat..jangan kedekut bagi yang berkemampuan..

Adab-adab yang perlu diikuti supaya Hari Raya kita diberkati..kerana Hari Raya adalah kurniaan Allah ke atas hambanya yang telah MENANG..
  1. melakukan ibadah sunat pada malam raya..bertakbir, solat sunat dan segala amalan yang baik
  2. melaungkan takbir..bukan bergema untuk meriah semata-mata..tetapi dengan penuh keinsafan..sebagai tanda berakhir Ramadhan dan mengalu-alukan Syawal..
  3. memakai pakaian yang paling baik dan bau-bauan..walaupun duduk di rumah untuk melayan tetamu aje..
  4. makan sedikit sebelum ke masjid kerana tanda kita tidak berpuasa..sunnah nabi ye nabi akan makan buah tamar dalam bilangan yang ganjil..
  5. mengucapkan tahniah kepada sesama muslim..ucaplah Selamat Hari Raya ye..
  6. menziarahi saudara mara terdekat dan sahabat handai..menziarahi pusara..bagi saudara mara yang dah meninggal..
Semoga Hari Raya kita mendapat keberkatan dari Allah subhanahu wa taala..amin.

Tuesday, August 10, 2010

Jalan2 hujung minggu..

Hujung minggu baru2 ni kat Melaka hujan je..basuh baju pun sidai kat garaj..tapi Ahad dalam pukul 3 lebih hujan dah stop..so hubby ajak gi jenjalan..mula2 ingat nak gi Taman Buaya..kat sane dah ada Taman Permainan Air..bincang balik tambah, tolak, darab dan bahagi akhirnya tak jadi..coz mesti orang ramai sgt..yelah hari Ahad..

Kak Long lak duk merengek coz boring agaknya duk umah je..so mama ajak gi playground je..tapi hubby cakap gi Dataran MBMB..

Tengok je lah gelagat Kak Long dan adik Nina..hehe



Thursday, August 5, 2010

Kesian anak bangsaku..

Tahun 2010 merupakan tahun ke 5 akak sebagai pendidik..sejak itulah akak mula berkecimpung dengan dunia anak2 alam sekolah rendah..dan selama 4 tahun menjadi guru kelas tahun 1..3 tahun menjadi guru kelas tahun 1 yang lemah..dikenali sebagai kelas KIA..




Sungguh kesian dengan anak2 yang berada di kelas ini..apa kategori murid kelas ini??yang tak dapat menguasai kemahiran membaca..mengeja pun takleh dan sedihnya ada yang huruf pun tak kenal lagi..lagi kesian tahun 1 merupakan persekolahan pertama mereka..maknanye tak sekolah tadika la..sungguh2 kesian..ibubapa mereka tak kesian ke dengan anak2 mereka??ibu bapa akak dulupun taklah berpelajaran tinggi tapi sekurang2 kurangnya kitorang semua ke sekolah..ada dikalangan anak2 ini bila dah dapat bimbingan dari guru, diasah2 kemahiran mereka..akhirnya berjaya mengenal huruf, mengeja dan membaca..tapi ada anak2 yang tak bernasib baik..mereka memang dilahirkan sebagai lemah..itu takpelah tapi at least bagilah peluang mereka untuk mengenal alam persekolahan..
Akak nak tulis entry ni sebab..sekarang musim exam..tadi ada paper science..kebanyakan soalan tahun 1 berkisar kepada tajuk shapes..setau akak tu common sense je..budak2 sepatutnya kat rumah dah boleh diajar mengenal bentuk2 ni..yang sedihnya tadi ada 2,3 orang budak tu..bila ada soalan diberikan 3 objek..pastu suruh pilih yang berlainan shapes dan bulatkan..kesiannya 3 bentuk tu pun diorang tak dapat bezakan..memang ketara perbezaan itu..contoh satu tu..circle..objek yang ada coin, button bulat dengan buku..tentulah buku yang lain coz buku rectangle..tapi ada yang tak dapat bezakan..sikit sangat pengetahuan yang budak2 ini ada..sepatutnya semasa bermain di rumah mereka dah boleh tahu itu semua..
Silap siapa ek??takkan silap budak2 tu..sebab diorang masih budak dan perlukan bimbingan dari orang yang lebih dewasa..tapi budak2 ni memory diorang short term punya jadi kena selalu diingatkan..tapi yang kelakar budak2 ni bila bab mendengar cerita orang2 tua..dengar mak diorang ngumpatlah..cepat lak dapat tangkap..dan boleh lak ingat..

Saya bengang dengan orang yang tak bertanggung jawab..

Panjang tul title entry kali ni..selalu title tak relate pun dengan isi..




Dulu kerja sebagai guru memang disanjung tinggi..kalau anak cikgu semua orang respect dan anak cikgu dulu2 memang berjaya, sopan dan yang paling baiklah..akak bukan anak cikgu tapi mr. hubby anak cikgu dan alhamdulillah adik-beradiknya berjaya..dan kalau dulu cikgu memang disanjung oleh orang2 kampung..




Tapi kebelakangan ini..cikgu bukan lagi disanjung orang..sebabnya?ada segelintir cikgu yang berperangai tak senonoh..dan semua itu kerana nawaitu cikgu tu dah berubah..apa yang silap??sebab cikgu tu sendiri tak ikhlas dalam kerja yang dibuatnya dan keberkatan hidupnya tak de..bak kate pepatah kerana nilai setitis rosak susu sebelanga..mcm pic kat bawah ni..

erm..akak ni time jd student dulu pun taklah baik sangat pun..tapi taklah skema sgt..tapi bila bab peraturan jarang aku langgar..sebab tulah bila orang tak bertanggung jawab dengan amanah yang diamanahkan..akak bengang sangatlah..sebab itu akan menyusahkan orang lain..kalaulah akak punya kuasa nak je akak gi jerit kat orang2 yang tak tau tanggungjawab tu..
Fikirlah wahai sahabat-sahabat (kalau mereka bacalah)..kite bekerja dapat gaji..dan dengan gaji kitalah kita tanggung mak (ayah dah takde), anak-anak dan diri sendiri..kalau kerja pun culas..masuk kelas lambat, buat kerja acuh tak acuh yang jadi mangsanya siapa??orang yang makan duit hasil kerja kitalah yang akan kongsi sama akibat dari perbuatan kita..
tu yang secara tak langsung yang kita tak nampak..yang kita nampak..anak murid kitalah jadi mangsanya..orang mengadu anak aku lambatlah..dah hantar tuisyen..kita fikir balik dengan mendalam sampai ke lubuk hati semuanya akan berbalik kepada kita..Ya Allah, aku pohon padaMu berkatilah rezekiku..
Wah macam karangan yang formal je hehe..tapi semua ni sebab hati tengah bengang dengan orang2 yang kurang bertanggungjawab dan susahkan orang lain..akak taklah cakap akak baik sangat..tapi insya allah akak taklah menyusahkan orang..
Jadi kepada kawan2 yang suka fikir takpe si polan tu free pasni boleh tunggu aku lambat sikit..pleasa jangan buat tu selalu kerana orang lain pun ada kerja gak..semua orang ada kerja masing2..ada tanggungjawab masing..jadi jalankanlah tanggungjawab sendiri..semua dah besar panjang dan dah tua pun..takkan tu pun tak tau nak pikir..

Tuesday, August 3, 2010

Misi mengurangkan duit..

Huhu..first time akak gi JJ baru kat Melaka..sungguh kesian dgn kakakmu ini Misz Sephia hehe..Dah lame mintak permission dgn Mr. Hubby..konon utk my besday prezen nak beli hadiah sendiri..nak try set facial care Clinique..my sister pun dah guna and she said ok..akak pun naklah try gak..actually my face taklah byk masalah sgt..saje perabih duit mr.hubby..



tada..inilah yg dibeli tadi(thanx google)..tp mr. hubby dah belikan hadiah lain lak..but he promised me nak bayarkan jugak benda alah dalam pic di atas tu..hehe..janji mesti dikotakan..ahaks bab akak semua nak tuntut hehe..dan 2,3 pasang baju untuk our dotters tu pun mama akan claim..hari ni tak isi borang claim lagi..kena jaga hati dulu nanti2 nak keluar lagi..so bagi bos rellax dulu..yang barang 3 di atas tadi dah guna depan mr.hubby..dia said ok..baju2 anak pun dia said ok..mr. hubby semua ok..yang tak ok temankan mama shopping je..coz dia akan boring hehe..

dan gambar ini pulok adalah hadiah besday dari suamiku..belum lagi merasmikannya..bila nak gune..urm nanti dulu..tuan yang bagi belum tanya lagi..nak bawak gi skool nanti kotor kena dakwat pen lak..nantilah..hari raye ke..tahun ni anak dah 2 banyak nak isi duit raye so suitable la hehe..

Dan misi hari ini dijalankan dengan jayanya bersama misz sephia..duit dia skit je abih arini..beli burger king je hehe..anyway thanz my lil sis..



Tuesday, July 27, 2010

Tension sih..


26 Julai 2010..Isnin..first time sejak jadi cikgu aku terlibat dalam Hari Kantin..dulu time sekolah hari ko-ko takla rugi coz barang byk di'sponsor' oleh parents..

Siapa yang bersalah?Gerai akuk mengalami kerugian sehingga RM90+..malu pun ada coz tak balik modal pun..modal yang diberikan tak dapat dipulangkan..Akukah yang bersalah? aku dahla takde bakat berniaga dan kepimpinan..tak layak aku ni jadi ketua bagi apa2 pun..bila jadi ketua panitia takde satu pun aktiviti yang jadi..bila jadi ketua rumah..makin hilang kegemilangan..dulu juara sebab ramai budak2 ala atlet..bila terpaksa ambil alih jadi ketua time berniaga sah..aku HANCURKAN segalanya..

Aku malu sangat2 dengan rakan2 terutama sekali Ustaz Saufi..Aku kenalah muhasabah diri sekali lagi..mungkin aku boleh dengar cakap2 NS tentang orang ni wat ni wat ni..mungkin aku boleh cakap orang tu salah orang tu salah..tapi semua ni tak tenangkan hatiku...

Maafkan saya Unit Koko SKSD..saya dah rugikan duit sebanyak RM90++..saya rela gantikan duit itu..


Wednesday, July 21, 2010

Ulang Tahun kelahiranku yang ke 30

Pagi tadi dapat SMS dari Misz Sephia..mcm tak percaya lak..dia yang jd org pertama wish me Happy birthday..mana hubby?nape dia tak wish??masa jaga wat susu khairina pun dia tak wish..biasa tahun2 lepas mesti dia wish masa aku dalam tido..sedih gak..

bersiap macam biasa untuk ke school..heroku masih tak wish ape2..then masa dia amek khairina masuk dalam kete aku duk pakai tudung..dengan mulut muncung macam donald duck..aku berkata "today is my birthday..anje tak wish pun.."dia terperanjat.."alamak!cyg..anje lupe lah.."then dia nyanyi lagu birthday dgn khairina..khalisyah dah dalam kete..

erm terpikir aku..adakah bertambah usia perkahwinan kemesraan akan hilang??taklah..hubby lupe tu..yelah sepanjang minggu ni asek balik lambat je..banyak keje..tapi bila sampai kat school..salam mr hubby macam biasa then dia kiss pipi aku..wish u happy birthday cyg..erm..terharu..terus bibir aku senyum..sampai kak zizah pun perasan "awak nampak berseri arini.." aku jawab "today is my birthday"..

and this weekend kami akan sambut my birthday di PD..harap semua akan enjoy..tq anje..nanti aku snap picture and tempek kat sini ye..ok..

aku tak harapkan hadiah dari dia..aku cuma harap dia akan ingat hari ulang tahun kelahiranku sampai ulang tahun ku yang terakhir bersama dia..amin.