Thursday, August 5, 2010

Saya bengang dengan orang yang tak bertanggung jawab..

Panjang tul title entry kali ni..selalu title tak relate pun dengan isi..




Dulu kerja sebagai guru memang disanjung tinggi..kalau anak cikgu semua orang respect dan anak cikgu dulu2 memang berjaya, sopan dan yang paling baiklah..akak bukan anak cikgu tapi mr. hubby anak cikgu dan alhamdulillah adik-beradiknya berjaya..dan kalau dulu cikgu memang disanjung oleh orang2 kampung..




Tapi kebelakangan ini..cikgu bukan lagi disanjung orang..sebabnya?ada segelintir cikgu yang berperangai tak senonoh..dan semua itu kerana nawaitu cikgu tu dah berubah..apa yang silap??sebab cikgu tu sendiri tak ikhlas dalam kerja yang dibuatnya dan keberkatan hidupnya tak de..bak kate pepatah kerana nilai setitis rosak susu sebelanga..mcm pic kat bawah ni..

erm..akak ni time jd student dulu pun taklah baik sangat pun..tapi taklah skema sgt..tapi bila bab peraturan jarang aku langgar..sebab tulah bila orang tak bertanggung jawab dengan amanah yang diamanahkan..akak bengang sangatlah..sebab itu akan menyusahkan orang lain..kalaulah akak punya kuasa nak je akak gi jerit kat orang2 yang tak tau tanggungjawab tu..
Fikirlah wahai sahabat-sahabat (kalau mereka bacalah)..kite bekerja dapat gaji..dan dengan gaji kitalah kita tanggung mak (ayah dah takde), anak-anak dan diri sendiri..kalau kerja pun culas..masuk kelas lambat, buat kerja acuh tak acuh yang jadi mangsanya siapa??orang yang makan duit hasil kerja kitalah yang akan kongsi sama akibat dari perbuatan kita..
tu yang secara tak langsung yang kita tak nampak..yang kita nampak..anak murid kitalah jadi mangsanya..orang mengadu anak aku lambatlah..dah hantar tuisyen..kita fikir balik dengan mendalam sampai ke lubuk hati semuanya akan berbalik kepada kita..Ya Allah, aku pohon padaMu berkatilah rezekiku..
Wah macam karangan yang formal je hehe..tapi semua ni sebab hati tengah bengang dengan orang2 yang kurang bertanggungjawab dan susahkan orang lain..akak taklah cakap akak baik sangat..tapi insya allah akak taklah menyusahkan orang..
Jadi kepada kawan2 yang suka fikir takpe si polan tu free pasni boleh tunggu aku lambat sikit..pleasa jangan buat tu selalu kerana orang lain pun ada kerja gak..semua orang ada kerja masing2..ada tanggungjawab masing..jadi jalankanlah tanggungjawab sendiri..semua dah besar panjang dan dah tua pun..takkan tu pun tak tau nak pikir..

No comments: