Thursday, August 5, 2010

Kesian anak bangsaku..

Tahun 2010 merupakan tahun ke 5 akak sebagai pendidik..sejak itulah akak mula berkecimpung dengan dunia anak2 alam sekolah rendah..dan selama 4 tahun menjadi guru kelas tahun 1..3 tahun menjadi guru kelas tahun 1 yang lemah..dikenali sebagai kelas KIA..




Sungguh kesian dengan anak2 yang berada di kelas ini..apa kategori murid kelas ini??yang tak dapat menguasai kemahiran membaca..mengeja pun takleh dan sedihnya ada yang huruf pun tak kenal lagi..lagi kesian tahun 1 merupakan persekolahan pertama mereka..maknanye tak sekolah tadika la..sungguh2 kesian..ibubapa mereka tak kesian ke dengan anak2 mereka??ibu bapa akak dulupun taklah berpelajaran tinggi tapi sekurang2 kurangnya kitorang semua ke sekolah..ada dikalangan anak2 ini bila dah dapat bimbingan dari guru, diasah2 kemahiran mereka..akhirnya berjaya mengenal huruf, mengeja dan membaca..tapi ada anak2 yang tak bernasib baik..mereka memang dilahirkan sebagai lemah..itu takpelah tapi at least bagilah peluang mereka untuk mengenal alam persekolahan..
Akak nak tulis entry ni sebab..sekarang musim exam..tadi ada paper science..kebanyakan soalan tahun 1 berkisar kepada tajuk shapes..setau akak tu common sense je..budak2 sepatutnya kat rumah dah boleh diajar mengenal bentuk2 ni..yang sedihnya tadi ada 2,3 orang budak tu..bila ada soalan diberikan 3 objek..pastu suruh pilih yang berlainan shapes dan bulatkan..kesiannya 3 bentuk tu pun diorang tak dapat bezakan..memang ketara perbezaan itu..contoh satu tu..circle..objek yang ada coin, button bulat dengan buku..tentulah buku yang lain coz buku rectangle..tapi ada yang tak dapat bezakan..sikit sangat pengetahuan yang budak2 ini ada..sepatutnya semasa bermain di rumah mereka dah boleh tahu itu semua..
Silap siapa ek??takkan silap budak2 tu..sebab diorang masih budak dan perlukan bimbingan dari orang yang lebih dewasa..tapi budak2 ni memory diorang short term punya jadi kena selalu diingatkan..tapi yang kelakar budak2 ni bila bab mendengar cerita orang2 tua..dengar mak diorang ngumpatlah..cepat lak dapat tangkap..dan boleh lak ingat..

No comments: