Monday, January 31, 2011

Rezeki Dari Allah..

Dah tiga hari hujan turun tek henti-henti..baju pun tak kering..tapi itu semua kerja Allah..dah putaran alam..Hujan berangin lak tu..sejuk..malam tadi badan pun rasa seram sejuk je. Cakap ngan hubby dia suruh gi klinik pagi ni minta cuti sakit. Tapi bila ingatkan GB nak observe saya kuatkan jugak badan ni. Bila dah tengahari dekat-dekat waktu nak balik perut rasa senak, kepala rasa pusing dan badan pun seram sejuk je..tekak pun sakit. Nak demam kot?

Balik tadi ajak hubby gi klinik. Doktor check erm.. ada demam sikit dan tekak pun merah. Kerana diriku begitu berharga doktor bagi cuti sakit untuk esok. Dan hubby terus mengambil peluang berharga ini untuk mengintai baby dalam perut saya. Doktor cakap kedudukan baby melintang. Uri pun bawah..tapi jangan risau kerana masih awal. Masa kak long dan kak ngah pun gitu gak..bila dah 7, 8 bulan baru baby pusing dan uri naik..Inya allah..semua akan selamat. Doktor juga kata jeng..jeng..jeng.. kemungkinan kami akan dapat gegirl lagi. Tapi tak pasti sangat. Hubby cakap kami tak kisah..syukur dapat anak, ada orang langsung tak berpeluang ada anak.

Terima kasih anje kerana begitu memahami. Walaupun saya nak anak lelaki seorang tapi jika ditakdirkan Allah semua anak saya perempuan. Saya terima dengan redha. Setiap anak membawa rezeki kepada kami tak kira lah lelaki atau perempuan. Yang paling penting baby ini sihat dan sempurna seperti kak long dan kak ngah. Mama sayang kamu semua.

Saturday, January 29, 2011

Dah tua-tua pn tak paham lagi..

Pagi hari Sabtu ni kak long bangun awal lak..selalu hari sekolah lama nak kena kejutkan dia..siap cakap nak tido lagi la ngantuk la..Sambil temankan diorang tengok tv dan main-main..saya buka le fb..tengok wall post oleh Pn Mek Na..keluhan dia mengenai dua orang rakan sekerja yang suka sangat lepas tangan..

Sorang Pn.L yang memang saya pun anti sangat2..umur dah tak sampai 10 thn lg nak pencen kot..tapi dia punya kerja macam orang yang baru kerja..saya yang kerja 5 tahun lebih ni pun lagi terror dari dia..Yang bestnye dia jenis yang wat tak tau je..Saya memang dah lame GERAM dengan Puan ni..lagi-lagi bila ada latihan sukan dan Hari Sukan..dah la dia satu rumah sukan ngan saya..Dengan payungnya..baju tak tukarla..kalah kita yang perut dah besar ni..

Lagi satu perihal rakan-rakan yang lebih dewasa di dalam bilik 'ofis' kami ni..Saya tergolong dalam golongan yang datang awal ke tempat kerja..selalu la saya menonton adegan sisa-sisa makanan bersepah di ofis tu..nak marah kucing?memangla tak masuk akal..sebab kucing ada otak takde akal..Dulu saya bersihkan gak..dah masuk tahun ke 4 saya saksikan ni semua..saya dah malas..

Kenapa ada orang yang selesa "Buat Tak Tau" je ek?? Saya jenis cepat risau..jadi saya jarang buat tak tau je..

Thursday, January 27, 2011

Asal muka je cantik..



Terperanjat saya bila mendengar kisah tentang seorang perempuan yang makan duit yang diamanahkan kepadanya..Bukan tak pernah dengar kisah2 orang pecah amanah di tv dan radio..tp yang tak dapat nak terima bila kisah ni terjadi pada orang yang bergelar pendidik..

Manusia ni betullah rambut sama itam..cuma sekarang ramai rambut dah karat..tapi hati hanya Allah yang tau..guna duit untuk kecantikan diri..memang la takpe..kalu duit itu kita punya..

Macam2 kisah manusia sekarang ni..ada akal tak dapat nak guna sepenuhnya..tapi serius kesian dengan orang macam ni..nauzubillah

Monday, January 24, 2011

Masak lemak cili padi udang dan pucuk paku..

Petang tadi balik sekolah terus singgah kedai nak beli santan..sebenarnya resepi ni dari semalam lagi nak dimasak..tp kekangan masa..so balik sekolah tadi since dua budak cinonet tu takde mama cepat2 ke dapur lepas solat zuhur..

Mulakan aktiviti pra masakan..siang pucuk paku, kopek bawang, blend semua benda..bersihakan udang dan masak..then goreng je ikan tenggiri..then tanak nasi..

Hubby lum balik..rest jap then mandi untuk ke sekolah balik..hari dah mendung mata dah ngantuk..dlm hati harapkan hujan so takdela latihan olahraga hehe..

Sampai sekolah budak2 dah bersepah..sorry lambat skit je..tak sempat asar pun..asar lambat..dekat sejam je then Cikgu Ainol datang..so boleh balik..ambil Khairina yang dah tersengih2..sian anak2 mama..asek lambat je..sampai umah kak long ngan hubby dah tunggu..

Soo..thats all hehe..sementara tengah rajin kan :)

Catatan Kelahiran Part 2

Berkurun baru nak update balik.. banyak sangat kerja2 yang menuntut perhatianku hehe..
Hari ni lak nak cerita pengalaman bersalin anak ke dua..yang juga puteri bernama Leeya Khairina.. Jarak kelahiran kedua-dua puteriku hanya 1 thn 5 bln..terlalu rapat..tapi aku bersyukur kerana Allah memberiku peluang sekali lagi untuk melalui nikmat mengandung dan bersalin..

Mama dijangka melahirkan Khairina pada hari Valentine..ada jugak terlintas dalam hati nak cakap ngan hubby Khairina adalah hadiah valentine buatnya..tapi subhanallah..niat aku telah terpesong..9 hb masa tidur mama dah rasa sakit sikit2..ya walaupun rasa itu tak dapat diceritakan tapi mama masih ingat rasa sakit masa nak lahirkan Kak Long dulu..Mama cakapkan pada apak..apak cuak..apak nak bawak mama ke hospital tapi mama tau masanya belum tiba..mama cuba tidur dan berehat..

Esok pagi 10 JFeb mama ambil cuti rehat..mama tak ke sekolah..tapi hanya berehat di rumah..apak beberapa kali berpesan supaya telefon dia jika sakit..walaupun anak ke dua apak masih cuak hehe..rasa sakit selang 1 jam..dah ada tanda coklat keluar..tapi mama masih bertahan..malamnya selepas apak solat maghrib mama minta apak bawa ke hospital..mama terus diperiksa sementara apak mendaftar..doktor cek bukaan dah 6 cm..CTG dibuat..tak sampai 2 jam mama dihantar ke labour room..lebih kurang pukul 11 malam..mama minta nurse telefon apak..apak sedang tidur dalam kereta..sian apak..then apak datang dan tenangkan mama..rasa sakit selang 5 minit..air ketuban dah dipecahkan..nurse minta sabar dan jangan teran..mama hanya mampu mengucap, selawat dan istighfar..dan meminta maaf pada apak serta cium tangan apak berulang kali..setitis air mata pun tak keluar walaupun rase sakit yang amat sangat..ada satu tahap nafas berasa pendek sahaja..

lebih kurang pukul 1 pagi..mama rasa ada benda hendak keluar..macam nak berak..apak panggilkan nurse..anak ke dua takde doktor ye..staff nurse datang..mereka cek dan sah..Khairina dah nak keluar..mama disiapkan..apak makin kuat pegang tangan mama dan mengusap rambut mama berulang kali..dua kali teran mama dengar suara baby..Ya Allah..Khairina dah keluar..nurse tunjukkan Khairina pada mama dan apak..inilah first time mama rasa nikmat itu..kerana masa kak long lahir mama ngantuk kesan ubat..mama nangis dalam dakapan apak..apak senyum bangga kerana dah jadi apak kepada 2 anak dara..kemudian Khairina diserahkan pada mama..Ya Allah syukur pada mu...Aku rasa lagi nikmat itu..kesakitan yang mengandungi sejuta kenikmatan..syukur syukur..Khairina dah pun hampir setahun..sangat comel macam kak long..


Tuesday, December 28, 2010

Catatan Kelahiran Part 1

Tiba-tiba berasa nak taip entry ini..nanti anak sulungku Khalisyah dah besar boleh dia baca catatan mama dia ni.. Setelah 4 bulan kahwin, alhamdulillah mama disahkan mengandung. Gembiranya hati mama dan apak..
Masa mengandungkan Khalisyah mama dan apak masih duduk di rumah sewa.. apak mengajar di Tangkak..mama pula dah pindah ke Melaka..jadi awal pagi apak dah pergi kerja.. pukul 6 lebih apak dah keluar..kesian apak..jauh memandu.. mama drive sendiri ke sekolah..taklah jauh pun 10 minit pun tak sampai kot.. pergi buat check-up pun sendiri..Tapi bila scan kat klinik swasta apak mesti ikut sama..walaupun muka apak selamba je tapi mama tau apak sgt gembira bila tengok imej Khalisyah dalam perut mama..comel sangat..
Bila scan, rupa-rupanya cyst mama masih ada.. yelah dulu masa scan doktor cakap kecil je..so mama pun tak kisahla..tapi bila dah mengandung.. risau sangat kot cyst tu memudaratkan anak mama..alhamdulillah semuanya berjalan lancar..mama dan baby sihat sentiasa.. mama bersemangat je..langsung tak berasa penat..
Tiba minggu ke 39, bulan Ramadhan..mama dapat puasa 5 hari sahaja..
Hari Sabtu, mama dan apak bersantai-santai di rumah.. barang-barang untuk dibawa ke hospital semua dah tersedia di dalam kereta..mama ke tandas dan alangkah terkejut melihat ada tanda coklat keluar.. mama takut dan terus panggil apak..mama dah nak nangis..apak telefon Wan tanya..Wan suruh datang rumah..kami siap-siap dan ke rumah Wan..rasa sakit sikit je..tapi bila ada rasa kuat sikit mama mintak apak hantar ke hospital..bila diperiksa jalan baru buka 1.5 cm.. mama ditahan di wad..keesokannya mama dibenarkan balik sebab belum kontraksi kuat..tapi mama dapat cuti rehat sehingga tarikh bersalin..
10 Ramadhan, selepas sahur mama rasakan kontraksi yang agak kuat..apak membawa mama ke hospital..sekali lagi mama ditahan di wad..pagi 11 Ramadhan bersamaan 11 September sekali lagi doktor memeriksa mama setelah mama ngadu sakit kuat..ya masanya telah hampir tiba..Khalisyah dah nak keluar jumpa mama dan apak.. Mama dibawa ke bilik bersalin..Apak kat sekolah masa tu..Mama call apak..rasa sebak sangat..dengan suara sebak mama minta apak sabar dan memandu dengan selamat..Pukul 10 pagi air ketuban mama dipecahkan..apak datang jumpa mama..dia usap-usap kepala mama..meminta mama berselawat dan bersabar..sakitnya hanya Allah yang tau..lamanya sakit yang mama tanggung..doktor datang periksa mama pada pukul 4 petang kera sepatutnya mama sudah boleh bersalin..tetapi air ketuban masih banyak..doktor pun pecahkan lagi ketuban mama..selepas itu sakit mama makin kuat dan tak tertanggung..tangan apak mama genggam kuat-kuat..pukul 7.30 malam bersama suara azan maghrib..mama selamat melahirkan puteri mama.. apak berbuka puasa di dalam bilik bersalin bersama-sama dengan nurse..terima kasih apak di atas segala sokonganmu..
Selepas itu mama rasa penat dan mengantuk yang amat sangat..Khalisyah di bawa ke nursery..mama tak sempat nak peluk anak mama lama-lama..kerana lahir menggunakan vakum Khalisyah perlukan perhatian di nursery..mama hanya tidur semasa luka di jahit..Alhamdulillah Ya Allah..aku bersyukur dikurniakan nikmat menjadi seorang ibu..sakitnya masih ku ingat..tetapi aku rindu tendangan kecil Khalisyah semasa dia di dalam kandungan..Kini puteri sulungku Leeya Khalisyah dah berumur 2 tahun..dah bijak dan keletah..

Saturday, November 6, 2010

Bila Nina kena demam campak..

Hari Sabtu last week, Mr Hubby ikut school dia gi KL..wat LADAP..Kak Long ikut nenek dia ke Shah Alam..Nina stay ngan mama..mulanya plan mama ikut Hubby..send Nina ke umah 'Mak' dia dan bawak Kak Long..tp 'mak' dia ada kenduri..so kenalah amik plan B..sebenarnya mama tak berapa seronok kakak selalu ikut nenek dia..bukan apa..taknak kak long terlalu dimanjakan sgt..

Nina lak hari tu banyak ragam..tak nak duduk..tido pun jap je..keje umah satu pun mama tak dapat wat..sempat tanak nasi ngan goreng ikan je..petang dekat nak asar dia tido..mama pun amik kesempatan mandi dan solat..tp baru mama lalala dlm bathroom dia dah jaga..alamak!

Malam tu mama rasa badan dia dah suam2..pagi esok badan Nina panas skit..dalam 36.7 C je..so Hubby bagi Nina ubat demam..balik keje lambat lak coz ada meeting..hubby bawak Nina ke klinik ngan Wan dia..doktor bg ubat demam dgn antibiotik coz tekak dia ada merah2..

Nina demam sampai Rabu..malam2 ada meragam sikit sampai nenong kepala mama ngan hubby..bila balik keje Rabu tu mama perasan badan Nina ada bintik2 merah tp kurang jelas lagi merahnya..badan Nina pun dah tak panas..erm campak kot..malam tu bagi dia minum air kelapa skit..malam tu lagilah..setiap sejam dia meragam dan nangis dan meronta nak didukung je..alahai bape jam je kita tido ni..

Banyak campak dia kuar dan merah2..org tua2 cakap bagus sebab dah kuar habis..alhamdulillah hari ni Sabtu..Nina dah semakin baik..ada lagi skit bintik2..tapi hari ni dia dah OK..makan habis..dan nak main..taklah asek nak dukung je..sayang Nina..and kak Long too..coz jd seorang kakak yang memahami..love u both..ops and hubby juga..love u more..