Tuesday, August 10, 2010

Jalan2 hujung minggu..

Hujung minggu baru2 ni kat Melaka hujan je..basuh baju pun sidai kat garaj..tapi Ahad dalam pukul 3 lebih hujan dah stop..so hubby ajak gi jenjalan..mula2 ingat nak gi Taman Buaya..kat sane dah ada Taman Permainan Air..bincang balik tambah, tolak, darab dan bahagi akhirnya tak jadi..coz mesti orang ramai sgt..yelah hari Ahad..

Kak Long lak duk merengek coz boring agaknya duk umah je..so mama ajak gi playground je..tapi hubby cakap gi Dataran MBMB..

Tengok je lah gelagat Kak Long dan adik Nina..hehe



Thursday, August 5, 2010

Kesian anak bangsaku..

Tahun 2010 merupakan tahun ke 5 akak sebagai pendidik..sejak itulah akak mula berkecimpung dengan dunia anak2 alam sekolah rendah..dan selama 4 tahun menjadi guru kelas tahun 1..3 tahun menjadi guru kelas tahun 1 yang lemah..dikenali sebagai kelas KIA..




Sungguh kesian dengan anak2 yang berada di kelas ini..apa kategori murid kelas ini??yang tak dapat menguasai kemahiran membaca..mengeja pun takleh dan sedihnya ada yang huruf pun tak kenal lagi..lagi kesian tahun 1 merupakan persekolahan pertama mereka..maknanye tak sekolah tadika la..sungguh2 kesian..ibubapa mereka tak kesian ke dengan anak2 mereka??ibu bapa akak dulupun taklah berpelajaran tinggi tapi sekurang2 kurangnya kitorang semua ke sekolah..ada dikalangan anak2 ini bila dah dapat bimbingan dari guru, diasah2 kemahiran mereka..akhirnya berjaya mengenal huruf, mengeja dan membaca..tapi ada anak2 yang tak bernasib baik..mereka memang dilahirkan sebagai lemah..itu takpelah tapi at least bagilah peluang mereka untuk mengenal alam persekolahan..
Akak nak tulis entry ni sebab..sekarang musim exam..tadi ada paper science..kebanyakan soalan tahun 1 berkisar kepada tajuk shapes..setau akak tu common sense je..budak2 sepatutnya kat rumah dah boleh diajar mengenal bentuk2 ni..yang sedihnya tadi ada 2,3 orang budak tu..bila ada soalan diberikan 3 objek..pastu suruh pilih yang berlainan shapes dan bulatkan..kesiannya 3 bentuk tu pun diorang tak dapat bezakan..memang ketara perbezaan itu..contoh satu tu..circle..objek yang ada coin, button bulat dengan buku..tentulah buku yang lain coz buku rectangle..tapi ada yang tak dapat bezakan..sikit sangat pengetahuan yang budak2 ini ada..sepatutnya semasa bermain di rumah mereka dah boleh tahu itu semua..
Silap siapa ek??takkan silap budak2 tu..sebab diorang masih budak dan perlukan bimbingan dari orang yang lebih dewasa..tapi budak2 ni memory diorang short term punya jadi kena selalu diingatkan..tapi yang kelakar budak2 ni bila bab mendengar cerita orang2 tua..dengar mak diorang ngumpatlah..cepat lak dapat tangkap..dan boleh lak ingat..

Saya bengang dengan orang yang tak bertanggung jawab..

Panjang tul title entry kali ni..selalu title tak relate pun dengan isi..




Dulu kerja sebagai guru memang disanjung tinggi..kalau anak cikgu semua orang respect dan anak cikgu dulu2 memang berjaya, sopan dan yang paling baiklah..akak bukan anak cikgu tapi mr. hubby anak cikgu dan alhamdulillah adik-beradiknya berjaya..dan kalau dulu cikgu memang disanjung oleh orang2 kampung..




Tapi kebelakangan ini..cikgu bukan lagi disanjung orang..sebabnya?ada segelintir cikgu yang berperangai tak senonoh..dan semua itu kerana nawaitu cikgu tu dah berubah..apa yang silap??sebab cikgu tu sendiri tak ikhlas dalam kerja yang dibuatnya dan keberkatan hidupnya tak de..bak kate pepatah kerana nilai setitis rosak susu sebelanga..mcm pic kat bawah ni..

erm..akak ni time jd student dulu pun taklah baik sangat pun..tapi taklah skema sgt..tapi bila bab peraturan jarang aku langgar..sebab tulah bila orang tak bertanggung jawab dengan amanah yang diamanahkan..akak bengang sangatlah..sebab itu akan menyusahkan orang lain..kalaulah akak punya kuasa nak je akak gi jerit kat orang2 yang tak tau tanggungjawab tu..
Fikirlah wahai sahabat-sahabat (kalau mereka bacalah)..kite bekerja dapat gaji..dan dengan gaji kitalah kita tanggung mak (ayah dah takde), anak-anak dan diri sendiri..kalau kerja pun culas..masuk kelas lambat, buat kerja acuh tak acuh yang jadi mangsanya siapa??orang yang makan duit hasil kerja kitalah yang akan kongsi sama akibat dari perbuatan kita..
tu yang secara tak langsung yang kita tak nampak..yang kita nampak..anak murid kitalah jadi mangsanya..orang mengadu anak aku lambatlah..dah hantar tuisyen..kita fikir balik dengan mendalam sampai ke lubuk hati semuanya akan berbalik kepada kita..Ya Allah, aku pohon padaMu berkatilah rezekiku..
Wah macam karangan yang formal je hehe..tapi semua ni sebab hati tengah bengang dengan orang2 yang kurang bertanggungjawab dan susahkan orang lain..akak taklah cakap akak baik sangat..tapi insya allah akak taklah menyusahkan orang..
Jadi kepada kawan2 yang suka fikir takpe si polan tu free pasni boleh tunggu aku lambat sikit..pleasa jangan buat tu selalu kerana orang lain pun ada kerja gak..semua orang ada kerja masing2..ada tanggungjawab masing..jadi jalankanlah tanggungjawab sendiri..semua dah besar panjang dan dah tua pun..takkan tu pun tak tau nak pikir..

Tuesday, August 3, 2010

Misi mengurangkan duit..

Huhu..first time akak gi JJ baru kat Melaka..sungguh kesian dgn kakakmu ini Misz Sephia hehe..Dah lame mintak permission dgn Mr. Hubby..konon utk my besday prezen nak beli hadiah sendiri..nak try set facial care Clinique..my sister pun dah guna and she said ok..akak pun naklah try gak..actually my face taklah byk masalah sgt..saje perabih duit mr.hubby..



tada..inilah yg dibeli tadi(thanx google)..tp mr. hubby dah belikan hadiah lain lak..but he promised me nak bayarkan jugak benda alah dalam pic di atas tu..hehe..janji mesti dikotakan..ahaks bab akak semua nak tuntut hehe..dan 2,3 pasang baju untuk our dotters tu pun mama akan claim..hari ni tak isi borang claim lagi..kena jaga hati dulu nanti2 nak keluar lagi..so bagi bos rellax dulu..yang barang 3 di atas tadi dah guna depan mr.hubby..dia said ok..baju2 anak pun dia said ok..mr. hubby semua ok..yang tak ok temankan mama shopping je..coz dia akan boring hehe..

dan gambar ini pulok adalah hadiah besday dari suamiku..belum lagi merasmikannya..bila nak gune..urm nanti dulu..tuan yang bagi belum tanya lagi..nak bawak gi skool nanti kotor kena dakwat pen lak..nantilah..hari raye ke..tahun ni anak dah 2 banyak nak isi duit raye so suitable la hehe..

Dan misi hari ini dijalankan dengan jayanya bersama misz sephia..duit dia skit je abih arini..beli burger king je hehe..anyway thanz my lil sis..