Saturday, April 3, 2010

Mataku..


Umur Khairina dah dekat 2 bulan..dan sepanjang masa itula tido malam ku tak pernah cukup..Ingat lagi masa dalam pantang mak tegur aku yang menyusukan khairina sambil duduk supaya berhati-hati risau kot baby jatuh..mana taknya aku tertidur semasa menyusukan dia..

Khairina bukanlah baby yang kuat meragam sangat, sebab dari cerita2 yang pernah singgah kat telingaku ada baby yang lagi kuat meragam sampaikan menangis berjam2..Cuma pengalaman ini tak kami lalui masa Khalisyah baby..kerana Khalisyah baby yang tak kuat meragam..and so easy..Malam pun dia akan bangun sekali atau dua..bagi susu terus tido balik..Khairina pula akan bangun setiap satu jam setengah atau dua jam..bagi susu pun mata dia cerah je..dah lepas menyusu pun dia tak tido balik..akan berjaga tapi...dia tak diam je..dia akan uwek..uwek..bile dah ngantuk tp dia tahan mata maka makin kuatlah irama dia..Harapnya Khairina akan dapat tido malam dengan lena lepas ni kerana minggu depan aku dah start KERJA!!

So, lepas Sharil keluar gi keje dan send Khalisyah to umah baby sitter..aku dan Khairina akan sambung tido..tapi tido siang ngan tido malam mana sama beb..Khairina takpelah tak payah kemas rumah, basuh baju, etc..Keje dia tido je..Khairina mama ni..waktu malam la nak kena tido lama dik..

No comments: