
Assalamualaikum..
Hari ini saya nak cerita tentang apa yang saya tengok pagi tadi. Saya bertugas menjaga pagar belakang kawasan sekolah pada waktu pagi dan balik. Ceritanya begini..
Pagi tadi saya ke pagar pada pukul 7.15 pagi. Macam-macam gelagat ibu bapa dan penjaga serta anak-anak. Dan macam-macam kenderaan yang ada..ada kereta besar, sederhana, kecil dan juga motosikal..baru buruk semua ada..
Daripada pemerhatian saya, ibu bapa tersebut mencium dan menyalami anak-anak mereka dengan 1 pesanan "BELAJAR RAJIN-RAJIN NAK.." walaupun ibu atau bapa tersebut hanyalah tukang sapu, tukang kebun yang buta huruf ataupun manager yang berpoket tebal..harapan dan impian mereka pada anak-anak tetap sama. Bergenang sebentar air mata saya.. teringat kat emak yang sudah uzur di kampung serta allahyarham Hamzah bin Abu Bakar iaitu ayah saya. Saya rindukan mereka.