Thursday, March 24, 2011

Persiapan untuk bersalin

Sekarang dah mengandung anak ke tiga, jadi macam dah terror la persiapan untuk bersalin ni.. Ramai rakan-rakan sekerja yang mengandung pada tahun 2011 ni..dan mungkin selepas ini ada lagi yang akan mengikut jejak langkah kami.

Ada yang nak dapat anak pertama selepas beberapa tahun kahwin, ada yang nak dapat anak pertama selepas baru duduk bersama dengan pasangan, ada yang bunting pelamin, ada yang nak dapat anak ke dua selepas beberapa tahun tak mengandung, ada yang tiap-tiap tahun mengandung..macam-macam situasi la yang ada. Dan mungkin selepas ini akan ada lagi pengantin baru yang akan mengandung..insya allah. Murah rezeki rakan-rakan saya.

Bercakap mengenai persiapan bersalin lak. Persiapan mental sangat penting manakala persiapan fizikal adalah perlu. Mental bakal ibu dan ayah kenalah kuat, bersedia untuk menerima apa jua keadaan anak yang bakal dilahirkan nanti. Juga mestilah telah bersedia untuk memikul tanggung jawab yang besar menjadi ayah dan ibu terutama yang baru hendak mendapat anak pertama tu. Sebab segala-galanya akan berubah. Kalau masa berdua boleh keluar lewat malam la, pergi pesta or karnival tapi bila dah ada anak semua itu harus dilupakan sementara anak besar. Bila anak besar ada lagi anak kecil kan. So semua itu perlukan pengorbanan. Kalau sebelum ada anak boleh rehat-rehat sepuas hati, selepas ada anak kita kenalah korbankan masa rehat kita. Itulah yang saya lalui. Dulu mata lebam sikit sebab bercermin mata, sekarang lebam banyak sebab tidur tak pernah cukup. Aha..lagi satu bakal-bakal ibu kenalah bersedia untuk menerima perubahan fizikal mereka..tapi ada yang beruntung dapat maintain..

Persiapan fizikal lak..biasanya ibu-ibu paling suka bab ini. Macam-macam akan dibelikan untuk bakal anak. Tapi kenalah ikut kemampuan dan jangan sampai membazir. Lepas ada anak nanti nak melabur untuk diorang lak. Masa saya mengandung anak pertama saya pun macam tu gak. Semua nak dibeli. Tapi mujurlah saya agak kedekut dan rasional. Bila masuk anak ke tiga saya lagi lah rasional.

Bukan persiapan di atas je. Untuk ibu yang melahirkan pun kenalah ada duit untuk 'servis' tubuh badan lepas bersalin. Nak berurut la..ubat-ubat jamu bagai..Semua tu tak murah..paling murah orang urut RM30.. tu kat kampung la..

So, apa-apa yang dibuat..kita kena rasional..dan jangan malu bertanya orang yang berpengalaman..wah cam pakar je saya ni hehe..

Wednesday, March 23, 2011

Persiapan kelahiran

Lagi 7 minggu EDD..tapi rasenya lagi 5 minggu je kot..saya akan lahirkan baby ke 3 saya.. saya pun dah rase tak larat sangat dah.. nak bangun pun dah susah.. masa mengandung anak pertama dan ke dua, alhamdulillah saya dapat lalui dengan jayanya.

Ermm bercakap mengenai persiapan kelahiran, baju baru untuk si kecil dah beli. Saya belikan yang berwarna coklat, hijau dan oren. Takde yang ropol-ropol macam masa saya belikan untuk Khairina. Tapi cuma 4 pasang baju baru. Sama macam Khairina. Cuma belum basuh dan masukkan dalam beg. Suamiku pun dah tanya. "Bila mama nak siapkan barang baby?".

Ermm tak sempatlah lagi, cuti seminggu aritu balik kampung. Baju-baju si kakak-kakak yang masih elok pun belum dibasuh lagi. Memang kesuntukan masa sekarang. Khairina pun tengah lasak. Kadang dia kacau kakak, risau lak nak biar dia main berdua je. Takut kakak tolak or pukul dia..sebab dia kacau kakak. Tapi bila tengok diorang sayang-sayang.. saya rasa bahagia sangat. Semoga kasih sayang diorang akan kekal sampai bila-bila..

Ada lagi barang yang hendak dibeli, cuma hubby lak asyik bz dengan kelas tambahan la, latihan sukan la. Siapa cakap kerja cikgu senang ek? Kami pun ada komitmen tersendiri..bukan setakat mengajar di dalam kelas je. Takpe la saya pun dah cakap dengan hubby, ada lagi barang nak dibeli. Mungkin lagi sehari atau 2 dapatla tu.. Ingat nak amik cuti sehari siapkan barang-barang tu. Tapi tak decide lagi bila. Lagipun kerja kat sekolah ni banyak lagi. Saya nak cuti dengan seronok nanti. Tak nak la time cuti orang tepon tanye pasal cuti hehe..

Tu je la celoteh saya kali ni.. Dah lari dari tajuk pun hehe.. Kat sekolah sekarang saya free sikit sebab ada budak praktikal ambil kelas saya. Tapi untuk sebulan je. Ada kerja nak dibuat, tapi kena tunggu Cik Sephia ada.


Thursday, March 10, 2011

Agresifnya mama..

Penat.. penat.. semua kawan-kawan kat tempat kerja risau tengok keadaan saya yang perut dah besar tapi masih aktif ke sana ke mari.. apa nak buat..banyak kerja menuntut perhatianku.. chewah.. kena selesaikan semua kerja-kerja ni sebab nanti nak bercuti 90 hari.. yahoo hehe..kalau cuti 60 hari dulu liat nak kerja balik.. ni cuti 90 hari lagilah liat ek..azam dalam hati.. lepas 60 hari cuti.. saya nak hantar baby ke pengasuh.. then saya nak kemas dan hias rumah..hajat di hati lah..hehe..

Semalam saya memaku di dalam kelas..kawan-kawan cakap ni mesti anak lelaki..kalaulah kalau.. saya bersyukur sangat-sangat.. kalau kata-kata diorang tak betul pun dapat yang berlawanan saya pun bersyukur sangat-sangat..

Banyak betul saya berjalan hari ini.. bila balik rumah je mesti kaki sakit.. malam-malam mesti kaki cramp.. yang jadi mangsa suami dan anak-anak hehe..

Tuesday, March 8, 2011

Kenapa menangis sayang?

Hari ni gi kerja sama-sama..coz balik kerja saya ajak suami ke hospital untuk booking kelas peneman.. tapi kelas dah penuh sampai tarikh saya bersalin..staff nurse kat situ pesan supaya mintak je ngan nurse labour room nanti.. hati saya dah risau ni..anak pertama dan kedua si dia bersamaku..harap-harap nurse bagilah suamiku masuk nanti.. saya takut..dan saya nak suami menyaksikan sendiri pengalaman saya bersalin kesemua anak kami..

Okkay..berbalik kepada tajuk di atas..entah kenapa kak long menangis masa hantar dia ke rumah pengasuh..siap pegang kaki saya dan suami..sayang mama go work la..dia tetap menangis.. Saya minta makcik tu angkat dia masuk dan saya tutup pintu pagar..sedih hati mama kak long.. kenapa kak long menangis..mama kena tolong apak..mama pun kena kerja supaya dapat bantu apak..nanti nak beli baju kakak dan adik-adik, beli toys..

Sepanjang hari saya fikir..apa yang saya dah buat kebelakangan ni..hinggakan kak long macam susah hati.. tak tenang hati mama sayang..

Sunday, March 6, 2011

Mama Sayang Kakak..



Risaunya hati saya..sejak kebelakangan ini Kak Long asyik buat perangai je..Ada je yang tak kena..kalau dia nak apa-apa mesti dia menangis..mama risau sangat-sangat..Hubby kadang-kadang 'panas' dengan perangai kak long ni..

Apalah yang ada dalam hati dia ek? nak kata mama tak beri perhatian..same je..kalau mama main ngan kak ngah..kak long pun ada sekali..tapi apa yang adik main dia akan rampas..sedangkan dia tak nak pun mainan tu..kadang terkuat juga suara mama ni..terjentik juga kak long..

Kak long..kasih sayang mama pada kak long dan kak ngah sama je..mama terpaksa lebihkan kak ngah sebab adik tak dapat jalan lagi..kak ngah kecil lagi la sayang..

Ya Allah lembutkanlah hati anak-anakku..Leeya Khalisyah dan Leeya Khairina..

Saturday, March 5, 2011

Testing my new toy..

Hari Khamis baru-baru ni, sorang staff sama tempat kerja ngan hubby saya bersara..so hubby bawakla saya dan anak-anak sekali ke majlis tu..Kat King's Hotel..dekat dengan Jusco hehe.. lepas dah makan..kitorang gi Jusco..hubby bawak anak-anak gi playland..saya lak..gi beli barang untuk sambut sorang lagi ahli dalam keluarga kami..Tak banyak yang saya beli sebab risau kot-kot hubby susah nak jaga 2 orang anak dara tu.. Lepas bayar saya pergi la tengok diorang hehe tengah main kereta langgar..bukan bump car yang real tu ni kena tolak guna kaki..

Sebab hubby dah belikan kamera baru kaler pink lagi so sempatlah saya snap gambar terbaru anak-anak..Leeya Khalisyah dan Leeya Khairina..