Tuesday, December 28, 2010

Catatan Kelahiran Part 1

Tiba-tiba berasa nak taip entry ini..nanti anak sulungku Khalisyah dah besar boleh dia baca catatan mama dia ni.. Setelah 4 bulan kahwin, alhamdulillah mama disahkan mengandung. Gembiranya hati mama dan apak..
Masa mengandungkan Khalisyah mama dan apak masih duduk di rumah sewa.. apak mengajar di Tangkak..mama pula dah pindah ke Melaka..jadi awal pagi apak dah pergi kerja.. pukul 6 lebih apak dah keluar..kesian apak..jauh memandu.. mama drive sendiri ke sekolah..taklah jauh pun 10 minit pun tak sampai kot.. pergi buat check-up pun sendiri..Tapi bila scan kat klinik swasta apak mesti ikut sama..walaupun muka apak selamba je tapi mama tau apak sgt gembira bila tengok imej Khalisyah dalam perut mama..comel sangat..
Bila scan, rupa-rupanya cyst mama masih ada.. yelah dulu masa scan doktor cakap kecil je..so mama pun tak kisahla..tapi bila dah mengandung.. risau sangat kot cyst tu memudaratkan anak mama..alhamdulillah semuanya berjalan lancar..mama dan baby sihat sentiasa.. mama bersemangat je..langsung tak berasa penat..
Tiba minggu ke 39, bulan Ramadhan..mama dapat puasa 5 hari sahaja..
Hari Sabtu, mama dan apak bersantai-santai di rumah.. barang-barang untuk dibawa ke hospital semua dah tersedia di dalam kereta..mama ke tandas dan alangkah terkejut melihat ada tanda coklat keluar.. mama takut dan terus panggil apak..mama dah nak nangis..apak telefon Wan tanya..Wan suruh datang rumah..kami siap-siap dan ke rumah Wan..rasa sakit sikit je..tapi bila ada rasa kuat sikit mama mintak apak hantar ke hospital..bila diperiksa jalan baru buka 1.5 cm.. mama ditahan di wad..keesokannya mama dibenarkan balik sebab belum kontraksi kuat..tapi mama dapat cuti rehat sehingga tarikh bersalin..
10 Ramadhan, selepas sahur mama rasakan kontraksi yang agak kuat..apak membawa mama ke hospital..sekali lagi mama ditahan di wad..pagi 11 Ramadhan bersamaan 11 September sekali lagi doktor memeriksa mama setelah mama ngadu sakit kuat..ya masanya telah hampir tiba..Khalisyah dah nak keluar jumpa mama dan apak.. Mama dibawa ke bilik bersalin..Apak kat sekolah masa tu..Mama call apak..rasa sebak sangat..dengan suara sebak mama minta apak sabar dan memandu dengan selamat..Pukul 10 pagi air ketuban mama dipecahkan..apak datang jumpa mama..dia usap-usap kepala mama..meminta mama berselawat dan bersabar..sakitnya hanya Allah yang tau..lamanya sakit yang mama tanggung..doktor datang periksa mama pada pukul 4 petang kera sepatutnya mama sudah boleh bersalin..tetapi air ketuban masih banyak..doktor pun pecahkan lagi ketuban mama..selepas itu sakit mama makin kuat dan tak tertanggung..tangan apak mama genggam kuat-kuat..pukul 7.30 malam bersama suara azan maghrib..mama selamat melahirkan puteri mama.. apak berbuka puasa di dalam bilik bersalin bersama-sama dengan nurse..terima kasih apak di atas segala sokonganmu..
Selepas itu mama rasa penat dan mengantuk yang amat sangat..Khalisyah di bawa ke nursery..mama tak sempat nak peluk anak mama lama-lama..kerana lahir menggunakan vakum Khalisyah perlukan perhatian di nursery..mama hanya tidur semasa luka di jahit..Alhamdulillah Ya Allah..aku bersyukur dikurniakan nikmat menjadi seorang ibu..sakitnya masih ku ingat..tetapi aku rindu tendangan kecil Khalisyah semasa dia di dalam kandungan..Kini puteri sulungku Leeya Khalisyah dah berumur 2 tahun..dah bijak dan keletah..