Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin..


Lama jugak saya tak post sebarang entry..bukan dah retired tapi tak berpeluang..sedikit bz dengan urusan duniawi hehe..


Hari ni dah 29 Ramadhan..kiranya lagi sehari sebelum bulan Syawal..bulan yang dinantikan oleh kanak2..sebab dapat duit raya hehe..ada sebahagian orang dewasa suka Hari Raya sebab dapat cuti lama dan balik kampung..ada yang sedih sebab bulan penuh keberkatan dah berakhir..sedih andai umur tidak panjang untuk ketemu bulan itu lagi di tahun hadapan..ada yang tak suka sebab banyak duit akan habis..hehe..bagi saya..saya suka hari raya sebab tanda saya dah berjaya habiskan puasa ramadhan(walaupun tak cukup)..tanda kemerdekaan kerana berjaya melawan nafsu..suka sebab dapat balik kampung..dapat makan best2..dapat buat open house dan kawan2 datang rumah..walaupun duit banyak habis..tapi takpelah raya cuma sekali setahun..itulah masa kita bersedekah untuk kanak2 dan org2 tua..beli saham untuk akhirat..jangan kedekut bagi yang berkemampuan..

Adab-adab yang perlu diikuti supaya Hari Raya kita diberkati..kerana Hari Raya adalah kurniaan Allah ke atas hambanya yang telah MENANG..
  1. melakukan ibadah sunat pada malam raya..bertakbir, solat sunat dan segala amalan yang baik
  2. melaungkan takbir..bukan bergema untuk meriah semata-mata..tetapi dengan penuh keinsafan..sebagai tanda berakhir Ramadhan dan mengalu-alukan Syawal..
  3. memakai pakaian yang paling baik dan bau-bauan..walaupun duduk di rumah untuk melayan tetamu aje..
  4. makan sedikit sebelum ke masjid kerana tanda kita tidak berpuasa..sunnah nabi ye nabi akan makan buah tamar dalam bilangan yang ganjil..
  5. mengucapkan tahniah kepada sesama muslim..ucaplah Selamat Hari Raya ye..
  6. menziarahi saudara mara terdekat dan sahabat handai..menziarahi pusara..bagi saudara mara yang dah meninggal..
Semoga Hari Raya kita mendapat keberkatan dari Allah subhanahu wa taala..amin.